Sastera Islam: Antara Dakwah dan Komersialisme

artikelsastera

Oleh Zahiruddin Zabidi

*Sebahagian versi yang sudah diedit rencana ini sudah diterbitkan dalam ruangan Sastera, Mingguan Malaysia bertarikh 7 Ogos 2011 manakala sebahagian pula diterbitkan dalam ruangan Sastera & Budaya, Harakah.
PADA Ahad minggu sudah, 24 Julai 2011, berlangsung sebuah lagi acara Dialog Orang Muda (DOM) anjuran Persatuan Penulis Nasional (PENA) anjuran bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di Rumah PENA.

Alhamdulillah, meskipun lewat saya kemudian dapat hadir bagi mengikuti sesi yang pada saya ada nilai sentimentalnya secara peribadi. Jujur saya akui, saya amat baru dalam ranah sastera. Meskipun sudah menulis semenjak dari sekolah menengah lagi, namun karya-karya saya hanya terbit pada penghujung tahun 2009 yang lalu.

Cuma kecenderungan dan minat terpendam saya hamburkan selepas menyedari bahawa sastera sebenarnya adalah wadah dakwah kepada para ulama semenjak sekian lama, bukan sahaja di Tanah Melayu dan Nusantara namun jauh lebih awal pada zaman Rasulullah lagi. Ironinya lagi, al-Quran itu sendiri adalah sebuah mahakarya Allah yang penuh dengan nilai estetika keindahan bahasa dan bentuk yang pelbagai. Tamsilan-tamsilan yang digunakan, struktur bahasa dan makna, subhana-Allah, cukup mendamaikan saat kita membacanya sekalipun tiada sepatah perkataan pun yang kita fahami!

Pada sesi kali ini, Cikpuan Ainul Muaiyyanah beraksi sebagai moderator. Puan Nasriah Abdul Salam, Tuan Lutfi Ishak dan Tuan Saifulizam sebagai trio panel pada hari tersebut. Masing-masing memberikan lontar pandang yang menarik dan hampir semuanya bersetuju bahawa novel sastera Islam tidak wajar dikomersialkan dengan melampau sehingga menimbulkan jelak di kalangan pembaca. Dakwah tetap perlu mendahului komersial dalam isu ini menurut mereka.

Sebagai contoh, sebuah novel yang temanya masih cinta seorang gadis yang direbut beberapa orang lelaki atau seorang lelaki dan diminati oleh ramai perempuan. Bezanya cuma mereka ini diwatakkan memakai tudung dan kopiah, mungkin berjubah dan berjanggut dan belajar di Mesir atau mana-mana negara Arab. Konflik-konflik dan plot-plot tetap pengulangan kepada novel cinta picisan, cuma aksi-aksi tidak patuh syariah seperti adegan peluk, cium, keluar makan berduaan dengan bukan mahram ditiadakan.

Banyak perkara sebenarnya andai saya mahu catatkan satu persatu. Banyak amat apa yang mereka perkatakan, bermula daripada definisi sastera Islam dan kisah klasik pertembungan dan polemik antara SN Prof Emeritus Dato’ Dr Hj Shahnon Ahmad dan Dr Kassim Ahmad sehingga kepada lahirnya Gagasan Persuratan Baru oleh Tn Hj Mohd Afandi Hassan dan Teknik Surah Yusuf oleh Pn Ainon Mohd. Semuanya berkumandang di legar aras atas Rumah PENA lewat pagi tersebut.

AyatayatcintaSesekali dunia sastera tetangga di Indonesia juga disebut dan dikaitkan sama dengan kebangkitan apa yang dinama novel Islam itu. Kebangkitan penerbitan novel Islam ini tercetus selepas Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy menjadi fenomena selepas ia difilemkan di Indonesia. Fenomena tersebut berjangkit di Malaysia sekaligus membuka lembaran baru kepada penerbit novel khususnya PTS melalui anak syarikatnya PTS Litera Sdn Bhd yang pantas memainkan peranan di persada penerbitan negara.

Pada masa yang sama terbit novel Islami sulung PTS berjudul Salju Sakinah tulisan seorang graduan lepasan Jordan yang kisahnya juga berlatarkan Jordan, ia menerima tempias fenomena novel Islami sekalipun penulisnya, Ustaz Zaid Akhtar menulis lama sebelum AAC menjadi fenomena. Ianya adalah kompilasi cerpen bersiri di Utusan Malaysia pada bahagian Agama setiap minggu sepanjang beberapa bulan.

Menurut Tn. SM Zakir yang turut melontarkan pandangan kepada umum pada itu, AAC adalah suatu perancangan daripada golongan agamawan yang mahu menyekat suatu gelombang baru pasca kejatuhan Suharto sebagai Presiden Indonesia. Gelombang tersebut adalah kebangkitan daripada puak-puak sasterawan yang menggelarkan diri mereka sebagai sasterawan Utan Kayu. Mereka adalah sekolompok penulis yang merayakan kejatuhan Suharto dengan simbolik kepada kebebasan dalam berkarya. Kerana pada zaman Suharto, adalah tidak dibenarkan sebarang novel atau bahan bercetak memperinci dan mendedahkan tubuh badan dan unsur seksualiti sekalipun atas nama seni.

Read the rest of this entry »

Bengkel Penulisan Bersiri GKLN-KMS 2012 (Siri 1)

Lokasi Kolej MARA Seremban

15 Januari 2012, 8.30am – 5.00pm

Fasilitator: Fahd Razy, Syafiq Zulakifli, Muhammad Teja, Muzaf Ahmad, Fahroni, Hafiz Abd Latif, Sayidah Muizzah

Peserta: 14 pelajar Kolej MARA Seremban

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

1617

18

19

20

21

2223

24

25

26

27

283031

32

33

34

Video: Apologi buat Seorang Adik

Sajak Apologi Buat Seorang Adik ini adalah hasil karya sasterawan muda bernama Shah Aizat dan lebih suka dikenali sebagai Shahkang sebagai nama penanya. Beliau banyak bergiat aktif dalam hasil karya sastera dan hal ini menyebabkan ISMA terarik untuk menggunakan modal insan yang ada demi membangunkan roh Islam dalam kalangan masyarakat berlatar belakangkan khususnya para pelajar di Luar Negara dan umumnya di dalam negara.

Sajak ini dideklamasi oleh Saudara Hizbul Alifi, merupakan pelajar di University of Herriot Watt semasa pementasan Isu Palestin di Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk 2011 yang telah berlangsung dengan jayanya.

Apologi buat Seorang ADIK

I

ADIK; kau dan daerah bernama Aqsa
tidak pernah mencium harum bahagia
atau narwastu cinta dan kasturi sejahtera
setelah perjanjian damai yang reput
menabrak busuknya di udara.

Lewat sekeping layar berita
Kau pun bertanya warga dunia:
“Apakah erti keharuman yang selalu dikata?
Apakah ia serupa tengiknya kedamaian
yang konon kalian perjuangkan?”

Maafkanku ADIK,
Pertanyaanmu itu tiada kujawab
kerna aku sedang dibelai asyik
diulit lena yang tiada penghujung
dek semerbak wangi
bunga kemodenan yang menguntum
di kebun kemajuan negaraku.

II

ADIK; kudengar tangis deritamu
di nisan yang berdiri setia.
kudengar ratapan cita-citamu
di tengah kota yang kehilangan suara.
Kulihat air matamu gugur;
menyembah bumi Palestina nan mulia
menitis; di kolam darah sengketa
yang bertahun-tahun tiada keringnya.

Kau melagukan takdirmu
dalam senandung nestapa
kepadaku; saudaramu:
“Di manakah dikau,
duhai seorang abang
yang sering menabur janji-janji palsu
sedang aku menanti kehadiranmu
di tanah sengsara ini.”

Maafkanku ADIK,
akulah sebenarnya pemungkir janji
yang kulafaz pada setiap doa buatmu.

Maafkanku ADIK,
akulah sebenarnya pemungkir janji
yang kulafaz pada setiap doa buatmu.

III

ADIK; kau berjaga
tanpa kenal erti masa
malam, sendumu bermanja
dengan bulan dan bintang
siang, keluhmu berbicara
sama matahari dan gerimis pagi.

Kau sering sahaja berpesan
kepada awan dan seekor merpati:
“Tuan berdua, tolong!
Khabarkanlah rintih ini
kepada penguasa dunia
kerana saudaraku hanya tahu tertawa
di kota syurga milik mereka.”

Maafkanku, ADIK
akulah penghuni kota syurga
yang kalut dengan bidadari
anggur dan sungai susu
tanpa sedar ia sekadar ilusi
di pentas kehidupan duniawi.

ShahkangManchester, UK

Rujukan:
ISMA Eropah – www.ismaeropah.com
Shahkang – www.shahkang.com

Antologi Puisi GKLN 2012

antologi

Pengenalan ANTOLOGI PUISI BERUNSUR ISLAM GKLN 2011-2012
(untuk maklumat lanjut, sila ke blog rasmi http://antologikaryawan2011.blogspot.com)



PENGENALAN

Antologi Puisi Berunsur Islam GKLN 2012 merupakan sayembara puisi yang dianjurkan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara.
Meskipun memiliki berbilang latar pendidikan, masyarakat, dan koordinat geografi yang berbeza, antologi ini akan menjadi wadah yang menyatukan fikrah para peserta. Antologi ini akan membentuk dimensi baru bagi mengisi kekosongan relung jiwa penyajak muda di samping dapat menghubungkan sesama mereka untuk tujuan dan nuansa yang sama; mengangkat nilai kesusasteraan Islami ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF

1. Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan puisi yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharapkan dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai pelajar Muslim.

2. Menambah minat dan penglibatan para peserta dalam bidang sastera khususnya penulisan puisi.

3. Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar jurusan sains, maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam aspek sains, tetapi juga dalam aspek bukan sains dan kerohanian.

4. Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar di luar negara yang berminat mendekati dunia penulisan, namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjadi terbantut.

Syarat Penyertaan

1. Antologi ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati syarat -  syarat berikut:

  • Pelajar yang akan ke luar negara di kolej persediaan seperti Kolej Mara Banting & Seremban, International Education Centre (INTEC) dan sebagainya.
  • Sedang menuntut di luar negara.
  • Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN.
  • Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
  • Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk ‘twinning program’ atau tamat pengajian juga layak menghantarkan penyertaan.


2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran dengan menyentuh mana-mana aspek seperti:

  •  Sejarah Islam.
  •  Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
  •  Tokoh Islam.
  •  Dakwah dan tarbiyah.
  •  Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
  •  Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
  •  Isu-isu semasa dunia Islam.
  •  Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam.
  •  Keamanan atau kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
  •  Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam.
  •  Lain-lain aspek yang berkaitan.


3. Karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan). Karya yang pernah diterbitkan dalam media cetak juga boleh dihantar, asalkan tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana antologi puisi yang lain.


4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Panjang puisi adalah bebas.

6. Sasaran peserta : Hanya 50 peserta sahaja akan terpilih (sama ada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan.

7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Mac 2012.

8. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

9. Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke gkln_sayembara@yahoo.com.

Penilaian

1. Hantarkan 2 buah puisi (wajib 2 buah) yang memenuhi syarat-syarat karya.
2. Puisi-puisi akan dinilai secara ‘kombo’.

Cara untuk menghantar karya




1. Sila baca dan fahami Syarat Penyertaan (Sila klik untuk membaca)

2. Hantarkan 2 buah puisi dalam bentuk ‘kombo’ susunan tangga (terbaik didahulukan). Ini terpulang pada penilaian para peserta.

3. Para penyumbang juga diminta untuk menghantar profil penulis yang lengkap dan kompak dan mempunyai maklumat berikut

  • Nama
  • Nama Pena (jika ada)
  • Asal
  • Pendidikan Awal
  • Universiti – jurusan & tahun pengajian.
  • Lokasi di Luar Negara
  • Karya pernah tersiar dalam media
  • Gambar – seeloknya berukuran besar untuk diletakkan bersama biodata anda.

4. Panjang puisi adalah bebas.

5. Sasaran peserta : Hanya 50 peserta sahaja akan terpilih akan dipertimbangkan untuk dibukukan.

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Mac 2012.

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

8. Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke gkln_sayembara@yahoo.com

JADI APA ANDA TUNGGU LAGI? SILA HANTARKAN KARYA ANDA SEKARANG!!!!

TERBARU: Menggeledah Nurani Edisi Kedua Sudah Terbit!

Cover2

Rentetan edisi pertamanya yang telah kehabisan stok, kumpulan puisi ‘Menggeledah Nurani’ Edisi Kedua kini sudah terbit. Memuatkan 80 buah puisi terpilih Fahd Razy, termasuk 15 buah puisi yang memenangi pelbagai hadiah sastera. Turut dimuatkan kata pengantar dari SM Zakir dan Shamsudin Othman, dua penulis muda mapan tanah air, beserta kertas kerja En Naapie Mat yang dibentangkan dalam satu majlis diskusi pada 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan terhad. Berminat boleh hubungi Fahd Razy untuk maklumat lanjut.

Judul: Menggeledah Nurani (edisi kedua)

Penulis: Fahd Razy

Harga: RM 20 (termasuk pos)

Halaman: 148

Terbit: 2011

ISBN: 978-967-10786-0-0

Penerbit: GKLN Publishing House

“Kukecaikan balang malam

menjadi kaca sunyi yang menghiris nurani

tatkala cedera muhasabah yang pedih

dan amalanku yang terserpih, menjelang fajar

segalanya cicir bersepahan di padang duniawi

antara rerumput sihat, embun pahala yang pekat

dan ular haloba

yang melingkar di sebalik nikmat.”

Petikan puisi ‘Menggeledah Nurani’

Jalan-jalan…

8 SEPTEMBER 2011

gkln1Dari kiri: Shahkang; Amirul Hamudin; Amir Firdaus; SN Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah (Kemala); Muhammad Fakhruddin; Rasydan Fitri dan Hazwan Ariff Hakimi di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

gkln2

Dari kiri: Rebecca Ilham; Shahkang; Rasydan Fitri; Aminhad; Shamsudin Othman; Muhammad Fakhruddin dan Hazwan Ariff Hakimi di Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

gkln3

Dari kiri: Hazwan Ariff Hakimi; Zaidi Ismail (Dewan Bahasa); Shahkang; Muhammad Fakhruddin; Rasydan Fitri; Ahmad Hamzah (Dawama); Ruslan Abdull Raffar (Tunas Cipta); Aninah Janang (Dewan Budaya); Rebecca Ilham; Padilah Ali (Ketua Editor) dan Zaiton Abu Samah (Malay Literature) di Bahagian Majalah, DBP

Concepts the focus in Maths and Science

artikelsastera* Published in The Sun, 4th November 2011.

I REFER to “A student’s perspective” (Letters, Nov 3). The writer claims that “the importance of the PPSMI policy (teaching of Science and Mathematics in English) is evident when searching the internet for scientific terms”. He/she explains further that the search for “jasad Golgi” on Google returned a significantly lower number of hits than “Golgi apparatus”.

I found this amusing. As a former science stream student, an engineering graduate and now a practising reservoir engineer, I was taught that universal scientific and mathematical principles do not change regardless of the language of instruction. Therefore, is it not only logical that the writer should translate the term into English first, and then go on his/her quest for the articles required?

ppsmiLanguage is only a medium – the main goal of the subjects of Science and Maths is to instil and cultivate analytical skills in students. The main focus should be on how to enable them to grasp the basic concepts in both subjects. According to Unesco, there is no better language of instruction to achieve this than the student’s own mother tongue. In the Malaysian context, this should be Bahasa Melayu, our national language as enshrined in the Constitution.

I was in the last batch of students in the national education system to sit for SPM pre-PPSMI. A few months shy of the exam, I was selected to be on the school team to the National Science Quiz Competition. As part of the preparations, my Chemistry teacher lent me a copy of her textbook, which was in English. A year later, I found out that the book is usually used by pre-university students. I did not have any problem digesting the material. Yes, the language and terms took a bit of time to adjust to, but once I got the hang of it, it was smooth sailing.

This particular experience was repeated less than a year later when I attended Universiti Teknologi Petronas, where the medium of instruction was English. The lectures, assignments and thick textbooks in English did not cause me to falter me because I knew the national education system had given me the skills necessary to survive in such an environment.

Not only was I able to grasp the basic concepts in Science and Maths by the time I graduated from high school, but I was also lucky because back then communicative skills in English were taught where they should be – in the English Language subject. One thing for sure, I did not have to relearn everything as the writer of the said letter claims.

I also do not agree with his/her statement that our Science and Maths teachers are incompetent because “of the previous system where BM was the medium of instruction”. Please be reminded that these teachers are NOT teaching the English Language as a subject. Rather, they are unjustly burdened with an extra task that is not in their area of expertise. This is unfair to them. As one of the many stakeholders in the PPSMI issue, their wellbeing should be taken into consideration as well.

I wonder what would happen if in a few decades English were no longer the main language of the world. Would we have to change the medium of instruction then, too?

Hazwani Rameli
Kuala Lumpur

GKLN dan HSKU

Tahniah diucapkan warga GKLN yang berjaya di Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010.

Terpilih di peringkat akhir:

Cerpen dewasa:

1) Shahkang: Langit apabila Ia Langking

2) Fahd Razy: Delusisma

Cerpen Remaja:

1) Rebecca Ilham: Citra Venezia

2) Muzaf Ahmad: Jangan Bunuh Semut Api

Juga yang berjaya menerima hadiah dalam HSKU:

HSKU1

Tempat Kedua Novel Remaja:

Rebecca Ilham: Bumi Lestari

Tempat Ketiga Novel Remaja:

Muhammad Teja: SMS

Hadiah Penghargaan Puisi:

Fahd Razy: Sebilah Pedang di Dada Rom

HSKU2HSKU3

DIHARAP KEJAYAAN MEREKA MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEJAYAAN AHLI GKLN YANG LAIN!