Archive for the ‘kenalipenulisgkln’ Category
Kenali Penulis: Fahd Razy


Nama asalnya Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy, lahir tanggal 1 Mac 1984 di Kuala Lumpur. Kini menetap di Bandar Baru Bangi dan Kampung Padang Midin. Fahd Razy menerima pendidikan awal di SK Tok Jiring, Kuala Terengganu. Beliau juga pernah menuntut di Sekolah Alam Shah dan Kolej MARA Banting. Kini merupakan Graduan perubatan dari Royal College of Surgeon in Ireland 92004-2009) dan bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Kenali Penulis: Lailati Mahat (Mesir)


.
NURUL LAILATI MAHAT yang dilahirkan pada 31 Ogos 1985 di Batu Pahat, Johor merupakan mahasiswi tahun akhir dalam jurusan Takhassus Qiraat di Maahad Qiraat al-Azhar Mansurah, Mesir. Anak kedua dari empat orang adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di SRK Laksamana, Kota Tinggi dan SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Selepas puisi pertama beliau disiarkan di majalah Remaja pada tahun 2003, beliau terpaksa melupakan seketika dunia penulisan lantaran kesibukan mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat di Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) sebelum kembali menulis dengan beralih ke genre cerpen empat tahun kemudian. Beliau yang pernah menjadi peserta Bengkel Kreatif dan Non-Kreatif anjuran Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) Mac 2007 dan Kem Latihan Penulis (KELAP) pada Julai 2007 dan Februari 2008 turut dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Pengarah AKAR (sesi 207/08), Sidang Editor Suara Kampus Mansurah (SKEMA), penulis jemputan dan pelukis untuk Komik al-Fityan terbitan PMRAM.
Kenali Penulis: Syafiq Zulakifli (Mesir)

SYAFIQ ZULAKIFLI dilahirkan pada tanggal 8 Ogos 1985 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang dan seterusnya menyambung pengajian ke Maahad Johor, Johor Bahru. Pada akhir Oktober 2004, beliau meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Jabatan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Kenali Penulis: Rebecca Ilham (US)

Rebecca Ilham, nama pena Hazwani binti Rameli, telah diputerikan pada 17 Februari 1985 di Kota Bharu, Kelantan. Cahaya mata sulung kepada pasangan Rameli Mat dan Che Hasnah Che Cob ini menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bekelam, Bachok (1992–1996), sebelum mengikut ibu bapanya berpindah ke Pulau Pinang.










