
Fadhil Noor bin Yahya atau lebih dikenali dengan nama penanya Aladib Afzan merupakan seorang penulis yang cenderung dalam genre kritikan dan kajian sastera. Lahir pada 28 November 1987, pemuda kelahiran Tawau, Sabah ini banyak menulis artikel berkaitan sastera, terutamanya dari sumber Arab dan timur tengah selain membandingkannya dengan dunia sastera tempatan. Di tanah air, beliau menetap di Ladang Sungai Balung, Tawau dan kini berada di tahun ketiga dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Universiti Al Bayt, Jordan dan bakal tamat pada tahun 2010. Kini dalam proses menulis buku rujukan tatabahasa Arab selain puisi-puisinya termuat dalam antologi Badar Metropolitan. Beliau menggemari penulis-penulis seperti Mahmoud Darwish, Nizar Qabbani, dan Khalil Gibran
Read the rest of this entry »