Archive for the ‘cerpenpilihan’ Category
Cerpen: Antara Rumah Putih dan Kota Darah
Oleh Ilham Hamdani (Australia)
Dipetik dari Berita Harian Online

“Selamat datang!”
“Ahlan! Datanglah ke daerah berkat! Hampirilah tanahnya Ibrahim!”
Jerit gegar melata di mana-mana – Masjidil Aqsa, Tempat Wuduk, Dome of The Rock, Bangku Cawan, Bangku Pancuran Wuduk, Kubah Ahli Nahu, Kubah Nabi Yusuf, mahupun di celah-celah Bangku Pancuran Wuduk. Kawasan di sekitaran pentas utama; Mimbar Burhanuddin yang diberkati namanya daripada Qadi Baitul Maqdis itu, apatah lagi, sendat sungguh tanpa seinci pun ada ruang, meskipun untuk sebelah kaki cuma.
Cerpen: Mengemis di Kota Larangan

.
Oleh Siddiq Osman
Pemenang Pertama, Sayembara Cerpen Berunsur Islam GKLN 2008
(Turut dimuatkan dalam antologi cerpen ‘Mengemis di Kota Larangan’)
AKU baru selesai bertahalul dari umrah wajib, untuk ibadah hajiku. Inilah kali pertama aku melihat rumah Allah secara langsung. Perasaan kagum memenuhi jiwa dan menyelimuti ruang fikirku.
Cerpen: Syahadah Jerusalem
.
.
Oleh Asyraffdini (Jordan)
.
Dimuatkan dalam antologi cerpen Jalan Jauh ke Ramallah
.
.
HATI Jacques menyumpah-nyumpah bosnya. Geram. Baru saja dia merancang percutian ke Lille hujung minggu ini bersama Michelle. Pagi ini panggilan telefon bosnya membunuh perancangan itu. Dia diperintah menggantikan Bobby yang cedera dalam kemalangan kecil.
Jacques perlu ke Jerusalem untuk membuat liputan carigali Kementerian Warisan Israel di Palestin!
****
Jacques kurang minat terhadap bangsa Arab, rakyat Palestin dan seluruh umat Islam. Sering saja dia melihat berita-berita yang dipaparkan setiap hari, ada saja pengeboman di sana-sini, kalaupun tidak Arab, Muslim yang lakukan. Demi Jesus yang dia imani, muslim seolah-olah diajar untuk jadi ganas. Semuanya dilakukan atas nama keadilan dan jihad suci. Tidak seperti umat Kristian yang diajar untuk berkasih sayang. Sebab itu seboleh-bolehnya Jacques enggan terlibat membuat liputan di rantau sebelah sana. Apatah lagi bumi yang menjadi rebutan Yahudi dan Islam itu kurang selamat.
Di lapangan terbang bandaraya Israel, Jacques dijemput oleh teman wartawan dari akhbar Haaretz, Simon. Jacques dihantar ke hotel penginapan. Pagi-pagi esok, Simon akan membawanya ke tapak cari gali itu untuk mencari maklumat sebelum menemubual menteri di pejabatnya.
Cerpen: Hijrah Rachel

.
Oleh Fieza Nur (Ireland)
Dimuatkan dalam antologi cerpen Jalan Jauh Ke Ramallah
.
.
DARAH, jerit tangis anak kecil, letupan, bunyi jet pejuang terbang rendah begitu membingitkan kepala Rachel. Kenapa tempat itu seperti killing zone. Itu kanak-kanak yang mereka tembak sesuka hati. Huda sedang belajar di sekolahnya apabila peluru itu tiba-tiba mengenainya. Kanak-kanak kecil itu mati di situ juga. Bagaimana perasaan ibubapanya apabila mengetahui anaknya dibunuh dengan kejam di sekolah? Bagaimana pula dengan kanak-kanak lain? Tidakkah mereka akan mengalami Post Traumatic Syndrome Disorder, trauma berpanjangan kerana pembunuhan kejam itu berlaku depan mata mereka, sewaktu mereka sedang belajar? Adakah Israel ini sudah kontang kemanusiaan?
Cerpen: Anekdot Gadis Melayu

Oleh Fazleen Razali (Southampton)
(Petikan antologi cerpen Jalan Jauh ke Ramallah)
SALEHA.
Gadis Melayu. Lahir sebagai Muslim, dibesarkan di dalam sebuah rumah kos rendah di pinggir bandar raya.
Aku benci duduk di rumah. Sempit. Bersepah-sepah. Selalu buat aku penat. Dan marah.
Berkulit kuning langsat, bermata bundar, hidung sederhana tinggi, berbadan kecil. Cantik, persis ibunya pada zaman muda.
Nabil sering puji aku. Katanya iras-iras Siti Nurhaliza. Aku senang bersamanya.
Cerpen: Angin Pada Mekar Kuntum Sakura

Sakura menggebu seumpama gumpalan salju bertinta pancaran mentari di hujung ranting pepohonan ceri sepanjang laluan pejalan kaki Hiroshima Peace Memorial Park. Wangian enak tunak tertebar menusuk indera bau. Kirana menghirup nafas sedalam-dalam. Kelibat kuntuman sakura merah-putih beriring gugusan buah ceri masam ditatap sepuas-puas sebelum tangan menghala lensa. Sekali petik dengan bantuan fokus automatik, imejan Genbaku-dome atau acap juga disebut Kubah Bom Atom dan jambangan sakura di pinggir Sungai Motoyasu bercantum sebagai piksel-piksel digital.
Read the rest of this entry »
Cerpen: Raja Segala Ketam
Oleh Hafez Iftiqar (Melbourne, Australia)
(Dari antologi cerpen Jalan Jauh Ke Ramallah)
“APA definisi manusia?” Soalan itu memeranjatkan saya. Semenjak saya bersahabat dengan Raja Ketam, itulah soalan yang paling sukar untuk dijawab saya. Mengerti, saya perlu jujur dalam menjawab soalan itu, tidak tergamak saya untuk menipu walau pun dia seekor ketam. Saya berfikir dalam-dalam kerana mahu menyusun kata yang terbaik.
Cerpen: Tahun Depan di Jerusalem
Oleh Azman Husein
(Cerpen ini memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Hadiah Sastera Perdana)
EXODUS? Engkau tahu, sedari dulu kami bangsa buangan? Bangsa exodus. Bangsa penghijrah. Seluruh negara dunia dilimpahi migran anak-anak Israel. Meski rakyat dunia membuang kami, tiada siapa boleh nafikan kami warganegara dunia! Kami bertebaran seluruh dunia. Kami wujud di mana-mana. Jerusalem, aku mimpi suatu masa nanti kami semua berkampung semula di sana. Hidup aman sejahtera di situ.