Archive for the ‘berita’ Category
Hadiah Sastera Perdana Malaysia bernafas kembali

(Petikan Berita Harian)
Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my
“Mungkin panel melihat buku itu mengandung cacatan penderitaan saya dan rakan yang menerima seksaan mental serta fizikal, sekali gus menjadikannya sebagai karya yang ditulis daripada pengalaman, hati dan perasaan saya,” Said Zahari, Tokoh wartawan. |
Pemenang gabungan penulis veteran dan muda selain ada kejutan
HADIAH Sastera Perdana Malaysia (HSPM) Ke-18 di Kuala Lumpur, semalam, memberi ‘kejutan’ kepada khalayak sastera kerana bukan saja menggabungkan HSPM 2004/2005 dan HSPM 2006/2007, bahkan memperlihatkan penguasaan pengarang baru terutama Kategori Buku.
Malah, ada pengarang yang menganggapnya sebagai kejutan apabila karya mereka diiktiraf dalam HSPM selepas buku sebelumnya tidak berjaya memenangi hadiah sastera paling berprestij di negara ini.
Siri Diskusi Buku 2010
(Dari Facebook Mohd Ali Atan)
YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,
UNDANGAN SIRI DISKUSI BUKU 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) akan menganjurkan Siri Diskusi Buku 2010.
Sehubungan itu, kami dengan penuh takzimnya kami mengundang YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan hadir ke Siri Diskusi Buku tersebut. Butir-butir adalah seperti berikut :-
Tarikh : 26 Januari 2010
Hari : Selasa
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kiambang, APM
1. Pemakalah : Encik Mohd Ali Atan (APM)
Tajuk : Tuhan dan Manusia Dalam Kumpulan Puisi
Menggeledah Nurani(Fahd Razy)
2. Pemakalah : Dr. Mohammad Alinor bin Abd. Kadir(UPM)
Tajuk : Bahasa Saskrit & Bahasa Melayu, EFEO
Jakarta(James T. Collins)
Kesudian YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan melapangkan masa bagi menghadiri seminar ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Herta Muller menang Hadiah Nobel Kesusasteraan
Petikan Utusan Online

Herta Muller, penerima Hadiah nobel kesusasteraan 2009
STOCKHOLM 8 Okt. – Seorang penulis Jerman yang dilahirkan di Romania, Herta Mueller, memenangi Hadiah Nobel 2009 dalam bidang kesusasteraan hari ini sempena menghargai hasil kerjanya terhadap penghasilan puisi dan keterbukaan prosa.
Penulis berusia 56 tahun itu, yang berhijrah ke Jerman daripada Romania pada tahun 1987, telah membuat penampilan sulungnya pada tahun 1982 dengan koleksi cerita pendek berjudul `Niederungen’, yang mana telah ditapis oleh kerajaan Romania.
Pada tahun 1984, satu versi tidak ditapis telah diterbitkan di Jerman dan hasil kerjanya yang menggambarkan kehidupan sebuah perkampungan kecil di Romania yang mana rata-rata penduduknya berkomunikasi dalam bahasa Jerman telah menambat hati para pembaca.
Karya itu kemudiannya telah diikuti oleh `Oppresive Tango’ di Romania.

Herta Muller
Disebabkan kritikan lantangnya terhadap kerajaan Romania termasuk rahsia polis yang dipegangnya, beliau dan suaminya telah meninggalkan negara tersebut.
Hadiah itu merangkumi wang tunai sebanyak 10 juta kronor (RM5.4 juta) dan akan disampaikan pada satu majlis yang akan diadakan di ibu negara Sweden pada 10 Disember ini. – AP
Penyertaan MPR dibuka!
Minggu Penulis Remaja (MPR)
6-12 Disember 2009
Syarat Penyertaan:
- Warganegara Malaysia yang berumur 17 – 21 tahun
- Pemohon mestilah pernah menghasilkan karya kreatif (puisi, cerpen atau novel) dan pernah tersiar dalam media cetak
- Pemohon hendaklah menyertakan salinan karya yang pernah tersiar atau diterbitkan kepada pihak penganjur.
- Bayaran penyertaan sebanyak RM30.00 dikenakan kepada peserta yang terpilih mengikut program ini.
Urus setia:
Untuk mendapatkan borang penyertaan dan keterangan lanjut, sila hubungi:
Urus Setia
Minggu Penulis Remaja (MPR) 2009,
Pusat Penyelidikan dan Pengembangan
Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA)
Jabatan Sastera, Aras 21, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50640 KUALA LUMPUR
(u.p: Zeti Aktar Jaffar)
No. Telefon : 03-2148 1254
No.Faksimile: 03-2141 4109
E-mel : zeti@dbp.gov.my
Tarikh Tutup Penyertaan:
Borang penyertaan hendaklah sampai kepada urus setia pada atau sebelum 31 Oktober 2009. Peserta yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan surat.
Dr Anwar Ridhwan Sasterawan Negara ke 10
Petikan Utusan Online
pengarang@utusan.com.my
![]() |
|
Anwar Ridhwan
|
PUTRAJAYA 11 Ogos – Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan atau lebih dikenali sebagai Anwar Ridhwan diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-10.
Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara (ASN) ke-10.
WS Rendra Meninggal Dunia

Dipetik dari http://waspada.co.id

JAKARTA – Penyair WS Rendra telah tutup usia pada usia 74 tahun. Dramawan yang kerap dijuluki Si Burung Merak ini dikabarkan meninggal berdasarkan keterangan putrinya Clara Shinta.Rendra dikabarkan meninggal di RS Mitra Keluarga, Depok, pada sekitar pukul 22.05 WIB. Dia kini tengah disemayamkan di rumah Clara Shinta, yang berada di Kompleks Perumahan Pesona Kayangan, Depok, Jawa Barat.
