Archive for the ‘resensi’ Category
Realisma dalam Novel VT karya Hilal Asyraf

.
Oleh Aladib Afzan (Jordan)
http://aladibafzan.wordpress.com
.
Realisma merupakan salah satu daripada bentuk kritikan moden, di mana realisma melihat kepada keupayaan sesorang penulis untuk mengaplikasikan segala idea yang ada melalui pengalaman dan keadaan reality di dalam masyarakat.
Di dalam kajian sastera, banyak pengkritik sastera rumpun arab memilih Naguib Mahfouz sebagai ikon di dalam penghasilan karya- karya berunsur realisma. Dan di dalam penulisan ini, penulis akan menumpukan aspek realisma dan hubungkait dengan islamisasi di dalam novel “VT” yang ditulis oleh Hilal Asyraf.
Jangan Lepaskan Tanganku

.
.
Oleh Adibah Abdullah (Manchester)
Dipetik dari http://ummuhurayrah.blogspot.com
Salam.
Cuti musim panas lepas, saya mengkhatamkan tiga buah novel tulisan Kazuo Ishiguro. Never Let Me Go, An Artist of the Floating World, dan When We Were Orphans. Mengutip dan mencantumkan patah demi patah yang dikarang, menghayati binaan-binaan latar dan cerita yang digarap melalui baris-baris ayat, saya memahami mengapa karya-karya lelaki berketurunan Jepun yang membesar di London ini begitu dikagumi, dicalonkan (malah memenangi) hadiah-hadiah sastera, malah diangkat beberapa daripadanya ke layar perak!
Sukma Angin (SN Arenawati)

.
Oleh Muhammad Teja
http://janjilaxamana.blogspot.com
.
“Membaca karyanya, Sukma Angin saya dapat merasakan minda pasca moden dan toleransi yang pintar terhadap kepelbagaian budaya masyarakat di Asia Tenggara. Saya kagum dengan daya kreatifnya yang diletakkannya dalam konteks kepelbagaian budaya ini. Dunia kesusasteraan Melayu kehilangan seorang tokoh yang cemerlang.”
Prof. Dr. Soleha Ishak,
Pengarah Pusat Kebudayaan di Universiti Malaya
Utusan, 26/1/2006
Melewati novel Sukma Angin, buah tangan SN Arenawati yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia, seolah-olah membawa pembaca untuk merasai susah senang, suka duka dan kepintaran dan kelestarian budaya Melayu di dalam sebuah kapal layar Melayu yang bernama Sukma Angin. Ketinggian pengetahuan pelayaran dan penjelasan terperinci mengenai aspek pemikiran masyarakat dan latar masa perang dunia kedua, menjadikan karya besar SN Arenawati ini wajib dibaca oleh peminat sastera.
Read the rest of this entry »
Keluarga Gerilya

Oleh Muhammad Syukri Rosli
http://janjilaxamana.blogspot.com
Habis akhirnya. Lama betul untuk menghabiskan sebuah novel setebal 272 muka surat ini. Rasanya, macam baru seusai membaca buku tiga kali ganda tebalnya. Baru aku tahu penengan Pramoedya Ananta Toer. Patutlah Cikgu Sofy (Cikgu Bahasa Melayu 5 Bestari 2005) asyik mengulang sebut novel ini dalam kelas. Rupa-rupanya memang hebat betul novel ini. Tak sangka, dengan menggunakan latar masa selama tiga hari dan watak-watak fokus adalah dalam sebuah keluarga, Pram berjaya menghasilkan sebuah novel yang baik. Khabarnya, novel ini dihasilkan beliau di dalam penjara (Penjara Bukit Duri 1949).
Panggil Aku Melaju

Panggil Aku Melaju
Penulis: Rahmat Haroun Hashim
Penerbit: DBP
No. KK: 8996211001134101
No. ISBN: 9789834601133
Tahun Terbitan: 2008
Harga Buku: RM30.00
Darma Seni (Dewan Siswa Disember 2008)
Oleh: Hazwan Arif Hakimi
http://darmaseni.blogspot.com/
Read the rest of this entry »