Archive for the ‘pandangan’ Category

Perbincangan: Puisi Berima?

pandanganpengalamanSYABAB1ST BERTANYA “BOLEHKAH BUAT PUISI DENGAN RIMA HUJUNG YANG SAMA?”


Sembang Puisi

SYABAB1st bertanya

“satu lagi, kalau tulis puisi..biasanya bagi yang amatur macam saya ni, ayat terakhir untuk setiap perenggan tu biasanya mesti nak letak imbuhan yang sama dibelakang. contohnya cam puisi amatur kat bawah ni, BOLEH KE?:
Read the rest of this entry »

Kenapa Perlu Sastera Sangat?

pandanganpengalamansyukrirosli.

OLEH MUHAMMAD SYUKRI ROSLI
http://janjilaxamana.blogspot.com

.

PERSOALAN ini aku yakin bersimpongang dalam relung hati kalian tatkala membaca tajuk celoteh ini. Kenapalah aku sibuk-sibuk menyeru kalian; budak-budak luar negara yang ditaja bermacam-macam jenis badan, lembaga, korporat atau apa-apa sekalipun, membaca teks yang tidak ada kaitan dengan subjek yang sedang dipelajari di universiti sekarang. Ramai di kalangan kalian, sudah mendengar tentang sastera, barangkali semenjak KOMSAS yang kalian terpaksa hadapi di sekolah dahulu dan sudah berperang dengan soalan-soalan mencabarnya dahulu. Aku pasti, kalian juga merusuh, kenapa pula untuk masa ini, aku datang kembali dengan membawa panji perkataan-perkataan, ingin menjajah kembali wilayah hati kalian yang sudah merdeka daripada soldadu sastera Melayu.
Read the rest of this entry »

Kenapa Memilih untuk menulis?

pandanganpengalaman

Oleh Rozais Al-Anamy
Kertas kerja ini telah dibentangkan pada 4 Ogos 2006 di Gem Beach Resort, Batu Rakit semasa Khemah Sastera Negeri Terengganu 2006)
(Bahan lain boleh didapati di http://rozaisalanamy.blogspot.com)

rozaisLazimnya apabila berhadapan dengan seorang penulis kreatif, pertanyaan klise yang selalu berlegar di cuping telinga ialah kenapa menulis, bagaimana boleh terlibat dalam bidang penulisan dan apa yang biasanya ditulis? Rangkaian pertanyaan sebegini pasti memerlukan penulis mengirai untaian benang cerita dan pengalaman sepanjang keterlibatan beliau dalam bidang ini atau menceritakan proses kelahiran beliau dalam keluarga sastera dari awal yang baru ingin mengenal dunia hingga akhirnya yang menentukan matlamat dan perjuangan kehidupan yang dilalui dalam rumah sastera tersebut, manakala apabila berbicara tentang karya yang dihasilkan pula, penulis tidak akan dapat mengelak dari membincangkan proses penciptaan yang dialaminya sepanjang penghasilan sesebuah karya, iaitu bagaimana tersentuh untuk menulis sesuatu cerita, bagaimana mengembangkannya dan kemudian bagaimana karya tersebut boleh siap sepenuhnya serta cerita-cerita di sebalik pembikinan sesuatu karya. Hal ini secara ringkasnya boleh disebut sebagai proses kreatif sesebuah karya.


Read the rest of this entry »

Penulis Mukhlis

pandanganpengalamansiddiqsiap2

.

Oleh: Siddiq Osman
http://pujangga-kembara.blogspot.com

.

Sengaja saya menulis entri sebegini kali ini. supaya kita bloggers dapat melihat diri kita dan karya kita. apabila sebut mukhlis maka di sini bukan karya yang dinilai tetapi pengkarya yang dibahaskan.
Read the rest of this entry »

Akhbar Bukan Lagi Wadah Pemikiran Rakyat

pandanganpengalamansiddiqsiap2.

Oleh Siddiq Osman (Sudan)
http://pujangga-kembara.blogspot.com
.
Saya sungguh kecewa dengan media massa Malaysia yang sangat kejam pada rakyat dalam laporan mereka. Kalau dahulu saya merasakan wartawan adalah golongan elit sastera yang paling berani mendepani wadah pemikiran rakyat. Menjadi sandaran pendapat rakyat. Tetapi kini Akhbar dan stesen berita seperti sampah yang merosakkan pemikiran bangsa. Ini semua kerana berlaku korupsi dan kebaculan sastera di kalangan penyiar. Saya yakin masih banyak penulis yang mahu mengembalikan kegemilangan Akhbar seperti yang berlaku pada zaman pra kemerdekaan.
Read the rest of this entry »

Bagaimana Saya Menulis?

pandanganpengalamanhttp://rebeccailham.blogspot.com

Pertanyaan Sdr Syukri di laman LSS Adelaide:

“Saudari nampaknya cenderung membuat cerpen dengan menggunakan teknik anti-plot atau dialog. Boleh saudari kongsikan kepada sahabat sastera sekalian apakah rujukan yang saudari gunakan untuk menghasilkan karya berbentuk begini. (rujukan pengarangan) . Dan apakah saranan saudari untuk sahabat-sahabat kita yang mahu juga menghasilkan karya seperti ini.”
Read the rest of this entry »

Apa Untungnya Jadi Penulis

pandanganpengalamanOleh Noordin Abdullah

SEDANG kita terus giat menghasilkan karya demi karya dengan penuh minat dan iltizam yang mantap, sesekali tentu ada kalangan masyarakat yang melontarkan persoalan kepada kita, apa untungnya jadi penulis?
Read the rest of this entry »

Saya Seorang Penulis Elitis?

pandanganpengalamanOleh Rebecca Ilham
(Dipetik dari http://rebeccailham.blogspot.com )


Seorang blogger yang rancak juga menghentam beberapa penulis mapan tanah air tanpa menghadam karya-karya mereka mendefinisikan penulis elitis sebagai pengarang yang menulis untuk orang-orang yang sedia pandai. Oleh sebab itu katanya lagi, dia tidak berselera meneliti karya-karya elit ini kerana kepalanya sedia berat diisi oleh pelbagai tanggungjawab lain.
Read the rest of this entry »