Archive for the ‘penerbitan’ Category

Kimono Ungu Bersulam Bunga sudah TERBIT!

Kumpulan cerpen Rebecca Ilham, 'Kimono Ungu Bersulam Bunga' kini berada di pasaran!

Kumpulan cerpen Rebecca Ilham, 'Kimono Ungu Bersulam Bunga' kini berada di pasaran!

(Dipetik dari http://rebeccailham.blogspot.com)

SUDAH TERBIT. Akan berada di toko-toko buku sedikit masa lagi. Juga boleh ditempah dari pengarang – RM17 (tanpa penghantaran), RM 22 (dengan penghantaran pos laju). NASKHAH PANAS-PANAS DARI KILANG CETAK!

Kimono Ungu Bersulam Bunga menghimpunkan 15 cerpen eceran merentas sempadan benua dan wacana nukilan Rebecca Ilham yang telah terbit di pelbagi media arus perdana sepanjang bergelar siswi di Colorado School of Mines (Class of 2009) sehinggalah menjadi jurutera (2009-kini).

Kandungan:
1. Langit Lazuardi
2. Jalan Jauh ke Ramallah
3. Mencari Tuhan di Celahan Cambrian
4. Menjadi Naurah
5. Puing Derita Bosnia dan Herzegovina
6. Perca-Perca Cinta Untuk Palestina
7. Kimono Ungu Bersulam Bunga
8. Angin pada Mekar Kuntum Sakura
9. Jus Soli Jus Sanguinis
10. Harapan di Hujung Cebis Doa
11. Di Bawah Langit Manchester
12. Senja-Senja Brasilia
13. Yang Aneh Itu Lelaki
14. Fajar Sidik di Sierra Morena
15. Protokol Cinta

Emel (beckyilham [at]yahoo[dot]com) untuk tempahan/maklumat lanjut.

GKLN dalam media: Tunas Cipta Oktober

tcTunas Cipta bulan Oktober memfokuskan tentang penulis muda di luar negara. Turut menampilkan dua penulis muda GKLN yang sedang meningkat naik selain memperkatakan kegiatan penulisan di luar negara dan persatuan-persatuan penulis luar negara.

Jangan lupa dapatkan Tunas Cipta Oktober!

Badar Metropolitan: Kini di pasaran!

badarmetropolitancover

Judul: Badar Metropolitan (Edisi khas Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2008)
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Mardhiah M Sofian, M Iqbal A Ghani, Shahreza Shahrir
Ilustrasi kulit: Fahd Razy (Ireland)
Halaman: 112 (tidak termasuk kata pengantar dan kulit)
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 983-44127-3-9
Tahun: 2009
Harga: RM15 (termasuk pos)

Untuk tempahan emel fahd_razy[at]yahoo[dot]co[dot]uk atau sms 0172734065

Maklumat lanjut sila layari: http://gklnpublishinghouse.blogspot.com

Imbas Kembali: Antologi Wilayah Cinta dan Jalan Jauh ke Ramallah

Bukan mudah proses menghasilkan senaskhah antologi, apatah lagi hampir 100% segala urusannya dari pengumpulan karya, pengeditan, pemilihan judul, reka bentuk hinggalah ke percetakan diuruskan secara maya, emel dan yahoomessenger. Antologi puisi Wilayah Cinta merupakan antologi puisi kedua GKLN (selepas Al Andalus Menangis) yang diuruskan oleh Adibah Abdullah dan Aimi Rahayu Abdul Rashid,sementara antologi cerpen Jalan Jauh ke Ramallah merupakan antologi cerpen pertama yang diselenggarakan Rebecca Ilham dan Fazleen Razali. InsyaAllah, tahun 2008 bakal menyaksikan satu (dan mungkin dua?) antologi cerpen GKLN diterbitkan.
Read the rest of this entry »

Terbitan Baru GKLN 2008

3 judul terbaru terbitan GKLN.
Sila ke http://gklnpublishinghouse.blogspot.com untuk maklumat lanjut

COVER FINAL

bahasabumi_cover

mengemiscopycover

Majlis Pelancaran ‘Al Andalus Menangis’

alandaluslancar

Read the rest of this entry »