Archive for the ‘panduan’ Category
Asonansi
Oleh Al Fannani (Morocco)
http://alfannani.wordpress.com
Salamullahi Alaikum
Kita telah maklum bahawa gaya bahasa asonansi merupakan perulangan bunyi vokal dalam dua atau lebih daripada dua suku kata. Contohnya seperti pengulangan vokal a pada baris pertama sajak `Bunga Popi’ Karya SN. Usman Awang:
Dari darah dari nanah yang punah di tanah.
Read the rest of this entry »
Panduan Ringkas Kepada Penulis
Oleh: Nisah Haji Haron
(Petikan kertas edaran Bengkel Penulisan Online GKLN-Adabuna)
www.annyss.blogspot.com
Read the rest of this entry »
Panduan Penulisan: Teknik Pengulangan

.
Oleh Fahd Razy
.
.
Dalam penulisan puisi, untuk memberi kesan-kesan yang menarik dan mengesankan menerusi karya beberapa teknik/ kaedah boleh digunapakai. Teknik/kaedah ini kadangkala menjadi aset atau identiti penulis tersebut sehingga menjadikan karyanya unik dan cantik. Salah satu teknik puisi yang kerap digunakan ialah PENGULANGAN.
Imej dan Puisi
(Petikan KLIK DBP)
Pedoman Sastera: Imej dan Puisi
Imej mengikut pengertian psikologi ialah hasil tanggapan akal daripada pengalaman pancaindera. Imej juga ialah gambaran mental atau asosiasi idea yang timbul dalam karya sastera terutamanya dalam puisi. Sebagai manusia biasa apa yang kita lihat akanterakam di dalam ingatan.
Read the rest of this entry »
Bahasa Intan Bahasa Kaca

.
Oleh: Ust Hasrizal Abd Jamil (Saifulislam)
Dipetik dari http://saifulislam.com
.
“Ust, sy cdgkan spy ut tulis artikel ttg Badi’zman Said Annursi!”, email seorang pembaca kepada saya.
“Sy harap ust dpt update blog ust dgn lbh krp lagi sbb hari2 sy buka n baca. Just 4 ur info!”, tulis seorang pembaca di shoutbox blog saya.
Read the rest of this entry »
Konflik Editor dengan Penulis
(petikan Mingguan Malaysia)
Oleh: RAZALI ENDUN
Isu penulis menghantar karya kreatif mereka kepada lebih daripada sebuah penerbitan bukanlah perkara baru. Begitu juga dengan isu ciplak sesebuah karya oleh penulis yang tidak bertanggungjawab. Begitupun ini tidaklah parah dan peratusan golongan yang melakukannya amat kecil. Namun begitu sekiranya wabak ini tidak dibendung, dikhuatiri akan menular dan mungkin akan menjadi fenomena pada masa akan datang.
Read the rest of this entry »