Archive for the ‘umum’ Category
Herta Muller menang Hadiah Nobel Kesusasteraan
Petikan Utusan Online

Herta Muller, penerima Hadiah nobel kesusasteraan 2009
STOCKHOLM 8 Okt. – Seorang penulis Jerman yang dilahirkan di Romania, Herta Mueller, memenangi Hadiah Nobel 2009 dalam bidang kesusasteraan hari ini sempena menghargai hasil kerjanya terhadap penghasilan puisi dan keterbukaan prosa.
Penulis berusia 56 tahun itu, yang berhijrah ke Jerman daripada Romania pada tahun 1987, telah membuat penampilan sulungnya pada tahun 1982 dengan koleksi cerita pendek berjudul `Niederungen’, yang mana telah ditapis oleh kerajaan Romania.
Pada tahun 1984, satu versi tidak ditapis telah diterbitkan di Jerman dan hasil kerjanya yang menggambarkan kehidupan sebuah perkampungan kecil di Romania yang mana rata-rata penduduknya berkomunikasi dalam bahasa Jerman telah menambat hati para pembaca.
Karya itu kemudiannya telah diikuti oleh `Oppresive Tango’ di Romania.

Herta Muller
Disebabkan kritikan lantangnya terhadap kerajaan Romania termasuk rahsia polis yang dipegangnya, beliau dan suaminya telah meninggalkan negara tersebut.
Hadiah itu merangkumi wang tunai sebanyak 10 juta kronor (RM5.4 juta) dan akan disampaikan pada satu majlis yang akan diadakan di ibu negara Sweden pada 10 Disember ini. – AP
GKLN dalam media: Tunas Cipta Oktober
Tunas Cipta bulan Oktober memfokuskan tentang penulis muda di luar negara. Turut menampilkan dua penulis muda GKLN yang sedang meningkat naik selain memperkatakan kegiatan penulisan di luar negara dan persatuan-persatuan penulis luar negara.
Jangan lupa dapatkan Tunas Cipta Oktober!
Zaen Kasturi dalam Dua Dimensi


.
Oleh Hazwan Arif Haqimi
http://darmaseni.blogspot.com.
.
Entah mengapa saya sangat bernafsu apabila menatap foto di atas, yang diambil semasa Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2007. Bernafsu untuk berkarya dengan lebih gigih. Bagaimana tidaknya? Penerima hadiah di atas bukan sahaja menang berganda melalui karya-karya beliau, beliau juga merupakan penulis yang banyak mempengaruhi penulisan puisi-puisi saya. Seorang inspirasi. Penulis yang saya maksudkan tentulah Zaen Kasturi.