Grup Karyawan Luar Negara
Hujan Emas di Negeri Orang (Artikel dari Tunas Cipta Oktober 2009)
Artikel oleh Khadijah Khalilah Abdul Rashid (Morocco) dalam majalah Tunas Cipta Oktober 2009
SILA KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Klik gambar untuk paparan jelas
Klik gambar untuk paparan jelas
Klik gambar untuk paparan jelas
Klik gambar untuk paparan jelas
Hujan Emas di Negeri Orang: Suatu Sorotan Terhadap Pengalaman Kembara Dalam Sastera
Oleh Khadijah Khalilah binti Abdul Rashid (Morocco)
Khalayak sastera di Malaysia kini semakin membesar dan mengalami kepelbagaian, sejajar dengan perkembangan zaman yang pesat dan kian global. Dunia sastera dan penulisan pada hari ini tidak lagi dimonopoli oleh khalayak yang memiliki latar akademik kesusasteraan atau seni penulisan semata-mata, bahkan lapangan ini mula mendapat pasaran yang kukuh di kalangan khalayak profesional, berpendidikan tinggi, mahupun dari latar akademik sains dan perindustrian.
Dalam masa yang sama, fenomena ini perlahan-lahan mendayakan perubahan dalam pola sastera tempatan dengan menyaksikan munculnya karya-karya kembara yang merakamkan perjalanan, suasana dan budaya masyarakat luar dalam tulisannya. Hal ini dapat diperhatikan melalui novel seperti Hatiku Terluka di Bukhara (Wan Hashim Wan Teh), Enrique Mengundang Jauh (HM Tuah Iskandar) Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus (Zaid Akhtar), Baromkeh Matamu di Mata ku (Ummu Hani Abu Hassan), dan Suu Phea (Abu Hassan Morad) manakala Waikato  (Fudhail), Salju Shibuya (SN Muhammad Haji Salleh), dan 68 Soneta Pohon Gikgo (SN A Samad Said) pula merupakan antara sebahagian kumpulan puisi yang tercetus dari pengalaman kembara ke negara asing.
Hakikatnya mengembara bukan suatu aktiviti yang baru dalam masyarakat manusia. Sejak dahulu lagi penghijrahan manusia dari tempat asal telahpun berlaku atas desakan seperti peperangan, politik, perdagangan, dan pencarian punca rezeki. Dalam tamadun Islam misalnya perjalanan Ibn Battuta dan Ibn Jubayr telah dicatat masing-masing dalam  Rihlah Ibn Battuta dan Rihlah Ibn Jubayr yang menjadi rujukan para sarjana sehingga hari ini. Ini turut diwakili The Travels of Marco Polo dalam masyarakat Eropah.
Di alam melayu pula pengembaraan tokoh dan wira setempat telah diabadikan secara lisan yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi melalui cerita penglipur lara dan hikayat. Sebahagiannya dirakamkan dalam bentuk teks termasuk Pelayaran Panglima Hitam dan Kisah Pelayaran Abdullah. Masyarakat sastera antarabangsa juga menyaksikan kelahiran tokoh dan karya hebat kesan dari penghijrahan dari negara asal termasuklah Mahmoud Darwish, Joseph Brodsky, Ivan Bunin dan Aleksandr Solzhenitsyn.
Dalam konteks Malaysia hari ini, peningkatan taraf hidup rakyat di samping kemudahan pengangkutan antara negara telah menggalakkan kegiatan melancong dan mengembara ke luar negara. Antaranya, ia didorong oleh tujuan perniagaan, perkerjaan, dan beristirehat. Ramai tenaga profesional tempatan seperti doktor, jurutera, dan akauntan bermastautin di negara asing terutamanya di Eropah, Amerika Syarikat, timur tengah, dan Jepun lantaran tarikan ekonomi serta pasaran kerja yang memuaskan. Kerjasama antarabangsa juga telah mengiatkan lagi perjalanan keluar-masuk rakyat tempatan khususnya bagi mengikuti program-program sosial, budaya, dan pendidikan. Paling ketara, sejak satu dekad ini pihak kerajaan telah meningkatkan secara mendadak jumlah penghantaran mahasiswa tempatan ke luar negara untuk mengikuti latihan dan pengajian di universiti-universiti terpilih antarabangsa sekaligus menjadi penyumbang terbesar penghijrahan rakyat Malaysia ke luar.
Berada di luar negara melahirkan suasana sentimental dan emosional yang mencetus keinginan berkarya bukan saja bagi penulis mapan, tetapi juga masyarakat awam. Selain foto, mereka turut memilih medium tulisan seperti puisi, cerpen, dan novel untuk merakamkan nilai, emosi, dan pandangan baru yang diperoleh dapatan dari pengalaman ini. Bahkan majoriti penulis, terutamanya dalam genre puisi mapan seperti A. Samad Said, T. Alias Taib, Baha Zain, Siti Zainon Ismail, A. Aziz Deraman, dan Shamsudin Othman tidak pernah melepaskan peluang menghasilkan karya setiap kali berkunjung ke negara luar. Juga ledakan teknologi komunikasi membolehkan penulisan blog, khususnya travelog menjadi sangat mudah dan berkembang, terutamanya di kalangan khalayak yang berada di luar negara.
Karya-karya sastera dari pengalaman kembara ini meliputi tema yang pelbagai, bermula dari sesuatu yang bersifat peribadi dan romantis seperti rindu dan kasih sayang, sehinggalah kepada subjek yang lebih sejagat seperti sejarah tamadun, peperangan, patriotisma, dan kritik sosial. Meskipun terdapat sedikit persamaan dari segi tema penulisan antara penulis yang mengembara dan penulis biasa, namun perspektif yang disorot dalam karya-karya kembara selalu dipengaruhi oleh budaya dan suasana masyarakat yang dilawatinya sekaligus menawarkan kebaharuan kepada karya.
Misalnya Khairil Idham Ismail, doktor muda dari Moscow menterjemahkan suara kerinduannya terhadap pengalaman di Rusia melalui puisi Warkah Terakhir Buat Kekasih  (disiarkan di Berita Harian) melalui bait-bait berikut:
Dan musim berganti,
kecilku meniti usia dewasa,
kau masih anak gadis rupawan,
ingin dihiasi perhiasan kemodenan
sedang aku setia pada keaslian,
kubah St Basil pelbagai warna,
menghiasi dadamu, Dataran Merah
di Kremlin bersejarah.
(Warkah Terakhir Untuk Kekasih. Khairil Idham Ismail, 2008)
Pengaruh kembara dalam karya turut kelihatan dalam karyanya yang lain seperti puisi Sepatuku (disiarkan di Mingguan Malaysia 2 November 2008) yang memperihalkan kepelbagaian ilmu dan pengalaman yang diraih sepanjang perjalanannya.
Dari Murmansk, Kutub Utara,
melewati benua Eropah,
hingga ke Tanah Arab,
sepanjang jalan komunis,
terus ke lorong perestroika di Rusia,
kembali di bumi bertuah Malaysia,
antara sawah bendang Teluk Intan,
dan sub-urban bandar Seremban,
sepatuku sudah jauh berjalan.
(Sepatuku. Khairil Idham Ismail, 2008)
Mahmoud Darwish pula, seorang sasterawan Palestin yang pernah menetap di Lubnan serta Paris dan akhirnya meninggal dunia di Amerika Syarikat banyak menzahirkan penderitaan dan kepahitan rakyat Palestin dalam puisi beliau. Meskipun berada di luar negara berkonflik itu, beliau masih terus memperjuang nasib masyarakat di kampong halamannya.  Ini ketara, misalnya puisi beliau Diari Luka Seorang Palestin (dedikasi buat Fadwa Touqan) yang antaranya berbunyi:
Kami di sini
wahai saudara perempuan kami;
sejak 20 tahun,
Kami tidak menulis bait-bait puisi
tetapi kami sering dibunuh.
(Diari Luka Seorang Palestin, Mahmoud Darwish)
Menulis di luar negara dan dalam negara pasti ada khilaf antara keduanya.
Mahmoud Darwish
Bukan bermakna melihat darjat tinggi atau rendah melaluinya tetapi dari sudut penceritaan yang dibawa dan penghayatan sesebuah  tema. Penulis tempatan lebih cenderung merakam tentang kehidupan dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Penulis dapat memerihalkan apa yang berlaku dan terjadi secara terperinci kerana mereka sendiri yang dapat mengalaminya. Mereka juga tidak perlu berkhayal dan memikirkan tentang sesebuah kejadian dan dapat menulis secara langsung tentang sesuatu perkara yang berlaku di dalam negara. Begitu juga dengan penulis yang berada di luar. Peluang berada luar dari negara sendiri membuka ruang kepada penulis untuk menghayati kebudayaan di situ. Idea penulisan diperoleh melalui pengalaman yang ada lalu perbandingan antara dua buah negara dapat digarap. Naratif Ogonshoto misalnya ditulis SN Anwar Ridhwan sewaktu menjadi Pensyarah Tamu di Jepun yang memperlihatkan pengaruh budaya Jepun meskipun mengambil latar yang fiktif. Judul novel itu sendiri diambil dari perkataan Jepun iaitu ougon (keemasan) dan syoutou (pulau-pulau kecil). Dalam masa yang sama, novel tersebut mengangkat isu kebejatan politik dan sosial yang turut sama relevan dan boleh diiktibarkan dalam senario tempatan. Zaid Akhtar juga menyinggung dasar kerajaan yang memotong bantuan perkapita bagi Sekolah Agama Rakyat (ketika novel itu ditulis) melalui paparan konflik penutupan Madrasah Badriyyah di Turki lewat karyanya Rona Bosphorus. Beliau secara tersirat menyorot persamaan di antara kedua-dua senario yang menggambarkan penindasan sistem pendidikan Islam oleh pihak pemerintah.
Selain mendapat pengalaman di negara orang, penulis juga memperoleh pendedahan terhadap budaya kesusasteraan dan persuratan dari negara tersebut. Penulis yang berpeluang mendalami sastera Arab samada dari Mesir, Maghribi, Syria atau Jordan pasti akan terpengaruh dengan penulisan puisi-puisi arab. Jadi, tidak hairanlah rata-rata golongan penulis ini akan menghasilkan puisi yang panjang kesan daripada puisi Sastera Jahili. Selain puisi panjang, golongan penulis ini juga terpengaruh dalam penghasilan puisi berbentuk prosa. Hal ini kerana sastera arab juga berkembang melalui puisi berbentuk prosa. Namun begitu, bentuk puisi yang panjang dan terikat dengan persamaan bunyi dan huruf di akhir perkataan pada kesusasteraan arab terserap dalam sastera tempatan bukannya secara mutlak dihasilkan oleh penulis yang berada di negara-negara arab.
SN Muhammad Hj Salleh
Kita dapat melihat pengaruh berada di luar negara terhadap pemilihan diksi dan perkataan. Penulis yang berada di kalangan masyarakat Eropah cenderung memuatkan diksi Inggeris sementara penulis dari Timur Tengah gemar menyelit kalimah arab dalam karya-karya mereka. Hal yang sama juga berlaku kepada penulis yang berpeluang menghayati kebudayaan dan bahasa negara matahari terbit seperti Jepun, Cina dan Korea seperti dalam puisi SN Muhammad Haji Salleh ini:
roda basikal mengingat
jalan datang,
sewaktu pulang
bau soyu
merayap masin dari dapur
dan memasuki lorong,
unagi dibangunkan dari peti ais
dan berasap di piring.
tempura berenang dalam kolam kuali
membertih rasa udang, terung, atau sotong.
sudah hampir malam di Kyoto.
(Musim Gugur, Salju Shibuya, Muhammad Haji Salleh. 2004)
Pengekalan bahasa dan istilah tempatan ini biasanya bertujuan mewujudkan suasana negara yang dilawati penulis ketika itu. Selain daripada itu, perkataan tempatan yang digunakan itu turut membawa konotasi budaya dan makna yang tidak mampu diterjemah secara tepat ke dalam bahasa lain.
Penulis mapan, Faisal Tehrani banyak menulis karya melalui pengalaman kembara yang diperoleh. Pengalaman ke Tanah Suci Mekah telah dimanfaatkan dalam cerpen-cerpen beliau seperti Nenek Negro di Kota Mekah dan Sastera Perjalanan 1: Merpati Baqi. Permusafirannya ke Turki pula telah membuahkan hasil karya yang sangat menggugah termasuklah novel Advencer Si Peniup Ney dan Surat-surat Perempuan Johor, cerpen seperti Kucing Gemuk di Masjid Biru serta beberapa buah puisi kembara.
Faisal Tehrani
Selain daripada itu, Zaid Akhtar menerusi novel Salju Sakinah pula menggarap kisah pelajar perempuan di bumi Syam, Jordan. Latar novel tersebut ditukangi dari iktibar pengalaman beliau sendiri yang mendiami negara tersebut untuk beberapa tahun bagi melanjutkan pengajian. Selain memasukkan perincian budaya, tatacara hidup dan makanan penduduk setempat, beliau berupaya menyelami rupa emosi anak rantau yang sedang menuntut ilmu sama dengan begitu berkesan lantaran pengalaman peribadi sebagai rakyat Malaysia yang pernah jauh dari negara tanah tumpah darah dan keluarga tercinta.
Secara rumusannya karya-karya yang tecetus dari pengalaman mengembara di luar negara kini kian meluas dan mendapat tempat di hati pembaca. Kebaharuan yang ditawarkan dalam karya, meskipun membawa budaya, latar, mahupun subjek yang baru mampu menjadikan karya tersebut unik dan bertenaga, apatah lagi dalam mendepani dunia tanpa sempadan dewasa ini yang menyaksikan pertembungan dan asimilasi budaya secara sejagat.
Video: Deklamasi Puisi oleh Puan Nisah Haji Haron
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/HcUG_dWFfv4&hl=en&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/HcUG_dWFfv4&hl=en&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>
Puisi: Sinar Tiada Sirna
SINAR TIADA SIRNA
Oleh Siddiq Osman (Sudan)
Selama alam bernyawa
selagi maya berdiri, manusia pinta cahaya
suria zahir pudar dalam gerhana
kemilau batiniah kekal purnama.
Syafie melatar enam paksi;
asa, upah, jerih, guru,  usia dan geliga.
Paksi terbina lantera memancar
enam dilatar bukan sekadar angka,
buat dikira dihitung berapa.
Syafie melanjut kalam Ali,
lentera ini menyuluh buana
andai di dunia ia memacu
di akhirat sana ia memandu.
Ghazali menebar jenis cahaya
fardu untuk semua, wajib didamba
wajib separuh, sunat dierti
haram didatangi, melengkap cahaya bertiga.
Menuntut sinar bagai berburu,
perlu ditambat untuk dibela
buat tunggangan bagi yang perkasa
buat hidangan pada yang meminta.
Hubungnya cahaya dengan manusia
tiada berhubung malap petaka.
Songsang berhubung bala berganda.
Sunnah berhubung diajar baginda
bukalah cerita kurun pertama
awal berita kita bersua.
Andai bersemi dalam nurani
megah manusia pasti dicerna.
Hidup terbela mati mulia.
Maka cukup diterang perihal semua.
Simpul diikat dalam kata:
sinar tidak kunjung sirna.
Imperialisme Bahasa di Bumi Tercinta
(Petikan utusan online)
BAHASA. Jika disederhanakan, ia hanyalah proses interaksi antara fikiran, dunia dan kata-kata. Sebagai media komunikasi pula bahasa tidak sekadar sebagai bunyi (suara), malah ia adalah tanda atau simbol-simbol linguistik.
Ia bermula dengan medium lisan yang mewakili suatu sistem komunikasi, pemikiran dan kesatuan semiotik antara individu dan kelompok sosial yang berada dalam sistem tersebut.
Ketika bahasa ditulis menjadi teks, peranan bahasa sebagai jati diri sesebuah sistem sosial atau kelompok semakin kuat. Sesebuah teks bukan sahaja menjadi ukuran bagi dirinya sendiri tetapi juga tahap intelektual dan jiwa penuturnya.
“Peraturan tata bahasa akhirnya akan menguasai setiap orang sehingga ia mempengaruhi pemikiran dan perbuatan manusia,” tulis ahli antropologi sosial, Claude Levi Strauss dalam The Savage Mind.
Setiap tata bahasa terdapat peraturannya. Ia tidak boleh dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain sewenang-wenangnya. Kekacauan bahasa akan timbul hingga boleh menjejaskan jati diri, nilai, budaya dan intelektual kelompok pemiliknya.
Pandangan Levi Strauss senada dengan dengan Richard M. Rorty bahawa bahasa bukanlah sekadar medium, sarana atau ungkapan pemikiran. Ia juga bukan representasi sebuah kenyataan.
Sebaliknya, ia merupakan keseluruhan tentang cara hidup, nilai, citra, akal budi dan pandangan dunia (worldview) sesebuah bangsa sebab tidak ada cara lain untuk berfikir tentang kenyataan itu selain melalui bahasa.
Ini selaras dengan pandangan tentang karakter kesedaran manusia sebagai homo acadamicus, homo socius dan homo languens yang menggunakan bahasa sebagai medium kehidupan serta pergaulan sesama mereka atau dengan kelompok-kelompok luar.
Bahasa itu sendiri dalam wacana semiotik terdiri daripada rangkaian simbol dan penanda berterusan tanpa akhir atau dalam analisis Jacques Derrida disebut sebagai objek (inti) kepada acuan (masyarakat) .
Oleh itu, bahasa merupakan medium berfikir atau ruang untuk objek mentransformasikan makna. Kesedaran manusia dibakukan dalam suatu konteks sosial historis tertentu ketika bahasa atau teks (bahasa dalam bentuk tulisan) dizahirkan.
Jacques Lacan pula mendeskripsi bahasa dalam ruang yang lebih kompleks. Beliau menilai bahawa alam bawah sedar terstruktur sebagai sebuah bahasa manusia. Dengan kata lain, alam bawah sedar hanya ada setelah seseorang mempelajari bahasa.
“Bahasa kemudian memiliki fungsi sosial bukan semata-mata sebagai medium representasi realiti tetapi hadir dalam dunia tanda, metafora dan simbol sesebuah kelompok masyarakat,” ujar Lacan.
Jika Lacan menilai bahawa alam bawah sedar terstruktur sebagai sebuah bahasa, apa yang dimaksudkan oleh beliau, sama dengan fakta bahawa alam tidak sedar bekerja melalui metafora-metafora dan tanda-tanda.
Martin Heidegger pula berpendapat bahasa juga tidak sekadar memiliki fungsi deskriptif dan representasi tetapi juga fungsi filosofis yang mewakili epistemologi ilmu sesebuah bangsa. Dengan kata lain, bahasa adalah sebuah lambang pencapaian intelektual sesebuah kelompok sosial.
Ini bererti, Heidegger, Lacan, Derrida, Levi Strauss mahupun Rorty melontar pandangan yang sama. Bahasa adalah jiwa bangsa yang mewakili simbol-simbol intelektual, nilai, citra dan representasi realiti kehidupan.
Namun, Rorty dan Heidegger melontarkan pandangan yang cukup meresahkan – kemunculan imperialisme bahasa yang melihat penguasaan bahasa besar terhadap bahasa-bahasa kecil.
Impak langsung daripada imperialisme tersebut ialah kepupusan bahasa kecil. Faktanya, setiap tahun 10 bahasa di dunia akan punah. Sejak dulu kala, bahasa lahir, hidup dan lenyap dengan masyarakat penuturnya. Lenyapnya bahasa-bahasa itu amat cepat.
Sekitar 6,000 bahasa besar di seluruh dunia terancam punah dalam waktu yang terlalu singkat. Keragaman bahasa sebagai bahagian daripada warisan kerencaman kebudayaan umat manusia pastinya ikut terancam musnah. Salah satu penyebabnya adalah imperialisme bahasa tersebut.
Di Malaysia sendiri, kita sedang berhadapan dengan imperialisme bahasa yang sangat kuat. Bayangkan, filem-filem Melayu (yang hampir 100 peratus penontonnya Melayu) menggunakan judul bahasa Inggeris.
Cuba kita bayangkan, di mana letaknya estetika bahasa Melayu apabila filem-filem Melayu diberi judul dalam bahasa asing seperti I Know What You Did Last Raya dan I’m Not Single, Cinta U-Turn, Evolusi KL Drift dan lain-lain. Apa erti di sebalik perkembangan baru ini? Jawabnya bahasa Melayu memasuki fasal imperialisme yang menakutkan!
Antara penyebab terpenting imperialisme bahasa ialah pascamodenisme. Pemahaman ini mempunyai kecenderungan meletakkan bahasa asing pada tempat yang lebih tinggi. Bahasa itu dianggap berfungsi sebagai pembawa pesan yang lebih tepat.
Ini kerana pascamoden meletakkan satu wacana dekonstruksi ke atas pandangan modenisme tentang kebudayaan, khususnya di bidang estetika dan kesenian serta bahasa. Proses dekonstruksi pascamodenisme telah mengubah mitos rasionalisme dan estetika kebudayaan modenisme.
Ia bertujuan melahirkan sebuah wajah kebudayaan yang pluralisme, dipenuhi oleh berbagai tanda-tanda yang saling bertindihan dan pemaknaannya berubah-ubah secara cepat.
Jika perkembangan mutakhir diambil kira, mungkin filem-filem kita sedang dikikis oleh wajah pluralisme yang dicipta oleh pascamoden. Aneh bukan apabila filem Melayu untuk penonton Melayu menggunakan judul bahasa Inggeris?
Video: Deklamasi oleh Muhaimin Sulam
<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/6HZ2RgytVKQ&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en&feature=player_embedded&fs=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/6HZ2RgytVKQ&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en&feature=player_embedded&fs=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
Deklamasi beberapa buah puisi oleh saudara Muhaimin Sulam mewakili Grup Karyawan Luar Negara sempena program MASAI 2, Cuti-Cuti Musim Bunga di Royal College of Surgeon in Ireland, 5 April 2008
http://muhaiminsulam.blogspot.com
1) Bacalah
Bacalah yang ada
Yang tiada
Yang hilang
Yang ditenggelamkan
1 Jan 2008
Swansea
2) Sekali Aku Pergi
Sekali dayung sudah di tangan
Layar sudah terbentang
Biar ombak besar datang
Untuk undur pulang ke pelabuhan
Jangan sebut aku anak jantan!
Mac 2008 Swansea
3) Puisi Buat Si Bangsat: Revolusi Rakyat
Saudara-saudaraku sedarah dan setanahair
Telah sekian lewat yang berlalu
Musim beredar dan pergi
Berkali-kali jatuh dan terluka
Terbaring kaku
Terperangkap pada akal yang singkat
Pada Sang Setan yang berkuasa
Bangun kalian yang disebut bangsat
Di bumi merdeka,
Atas nama keadilan dan kebebasan
Bangun kalian rakyat
Tumbangkan tembok keangkuhan
Lawan rasa ketidakpedulian
Takut yang panjang
Saudara-saudaraku senadi dan seurat
Berdiri kalian
Gelodakkan ombak umat
Berperang
Pada musuh tanah pusaka
Taruhkan tubuh dan jiwa kalian
Ayoh angkat pena, tangan dan fikiran
Catatkan warna merah
Pada satu lagi
Sejarah revolusi manusia
10 dis. 07  brynmill, Swansea
Penulis Muda Luar Negara: Khalayak Baru Dunia Sastera
Oleh Fahd Razy
Disiarkan dalam Tunas Cipta Oktober, 2009
SETELAH kebah dari gigitan resensi ekonomi pada akhir 90-an, kerajaan Malaysia telah kembali menggiatkan usahanya meningkatkan pencapaian rakyat tempatan dalam bidang profesional melalui penghantaran pelajar ke luar negara, baik untuk pengajian ijazah mahupun sekadar latihan. Jumlah mahasiswa ini meningkat mendadak, terkini meliputi pelbagai rantau negara termasuk United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Rusia, Australia, Jepun, Korea Selatan, India, Indonesia, New Zealand, Republik Czech, Perancis, Ukraine, Poland, Maghribi, Sudan, Mesir, Jordan, Syria, dan sebagainya. Perlahan-lahan penghijrahan destinasi pengajian ini turut mempengaruhi perkembangan sastera dan penulisan tanah air, menyaksikan fenomena kemunculan ramai penulis muda yang mendapat pendidikan awal (pra-ijazah) di luar negara.
Jika direntas ke awal dekad ini, mahasiswa dari jurusan agama di Timur Tengah khasnya Mesir dan Jordan boleh dianggap pelopor kegiatan penulisan di luar negara. Meskipun nama-nama seperti Fudzail (lepasan Sains Komputer dari New Zealand) dan Saharil Hasrin Sanin (lepasan Kejuruteraan Industri dari Cardiff) kian mendapat perhatian ketika itu, namun mereka lebih bergerak secara individu tanpa ada kumpulan atau gerakan di luar negara yang khusus dalam mempergiatkan kesusasteraan.
Bermula dengan antologi cerpen ‘Sinar di Horizon Nil’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1999 yang memuatkan 21 nukilan mahasiswa Al Azhar, mereka perlahan-lahan menyusun organisasi agar lebih cergas. Nazmi Yaakub (Mesir) dan Zaid Akhtar (Jordan) menjadi generasi pendahulu yang turut bertindak sebagai tulang belakang kepada penubuhan Adabuna, kumpulan penulis luar negara yang terawal. Berpusat di Mesir, kumpulan Adabuna yang ditubuhkan sekitar tahun 2002-2003 ini begitu cepat menarik perhatian calon penulis timur tengah melalui penganjuran bengkel penulisan yang dianjurkan saban tahun. Seminar dan dialog penulisan, sayembara, serta Hari Baca Novel turut mengisi kalendar kegiatan Adabuna.
Dari sini lahir penulis seperti Amiza Khusyri Yusof, Syarifah Salha Syed Ahmad, Nurul Lailati Mahat, Syafiq Zulakifli dan nama-nama lain yang kian bertambah setiap tahun. Lebih membanggakan, sehingga kini kumpulan ini telah berjaya menerbitkan tidak kurang tiga buah antologi puisi dan cerpen iaitu Khali Kota Fustat (2005), Cinta dan Rona Kinanah (2007), dan Dalam Sepuluh yang Kugelar Cinta (2008).
Selari dengan perkembangan Adabuna di Mesir, muncul pula beberapa kumpulan yang lebih kecil seperti Kelab Latihan Penulis (KELAP) dan Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) yang mempunyai matlamat utama yang hampir sama. Berbeza dengan Adabuna, kedua-dua komuniti ini lebih merupakan sayap di bawah persatuan pelajar yang lebih besar. KELAP yang dipengerusikan Zulhafeez Ahmad Zahidi misalnya, dianggotai hampir 70 mahasiswa dan bergerak bawah nama Persekutuan Mahasiswa Republik Arab Mesir (PMRAM) manakala AKAR pula bernaung di bawah Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah (DPMM). Banyak berlaku usahasama dan pertindanan antara Adabuna, KELAP, dan AKAR dari segi keahlian dan kegiatan lantaran wujud keakraban geografi serta kemudahan komunikasi antara ketiga-tiganya. Hal ini mewujudkan satu sinergi yang positif juga kompetitif melalui kepelbagaian sumber tenaga dan kewangan di samping fokus setempat yang lebih baik.
Berbeza dengan di Mesir, sebelum tahun 2005 kegiatan berorientasi sastera dan penulisan agak malap di kalangan mahasiswa Malaysia di negara-negara lain. Pada tahun tersebut, sekumpulan kira-kira 20 pelajar perubatan di Dublin, Ireland telah mula mewujudkan komuniti diskusi secara maya yang dikenali sebagai Grup Karyawan Ireland (GKI). Kumpulan yang beroperasi melalui aplikasi ‘yahoogroups’ di internet ini berkembang dengan begitu pesat, pada mulanya di seluruh United Kingdom sahaja.
Cubaan GKI membawa beberapa kegiatannya ke luar talian (offline) membuahkan hasil yang lumayan apabila dalam tempoh kurang setahun terdapat desakan yang kuat untuk membuka keahlian kepada mereka yang berada di luar Ireland dan United Kingdom. Hal ini menyebabkan GKI terpaksa ditukar namanya menjadi Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) selain dianggotai oleh lebih 350 pelajar dari lebih 20 buah negara di dunia.
Kini GKLN mempunyai dua orang penasihat (yang juga ahli alumni GKLN) iaitu Fahd Razy (Dublin, Ireland) dan Rebecca Ilham (Colorado, US) selain turut dibantu aktivitinya oleh penulis-penulis mapan seperti Shamsudin Othman, Faisal Tehrani, Nisah Haji Haron, dan Zaid Akhtar. Bahkan sepanjang penubuhannya juga, GKLN menyaksikan kelahiran penulis muda dari pelbagai negara dan latar pendidikan yang sering mendapat tempat di media cetak. Antara yang menonjol seperti Adibah Abdullah, Hafez Iftiqar, Siddiq Osman, Hazwan Arif Hakimi, Shahkang, Zaki Md Isa, Alirfan Jindullah, Hilal Asyraf, Ilham Hamdani, Syazlin Sazali, Al Fannani, Rahman D, dan sebagainya,
Kegiatan GKLN di atas talian (online) tertumpu kepada perkongsian karya, pembedahan dan bengkel karya, tips-tips penulisan, di samping perbincangan isu-isu semasa sastera dan penulisan yang kebanyakannya boleh diikut di laman http://karyawanluarnegara.com. Selain daripada itu, GKLN turut terlibat dalam acara-acara setempat seperti deklamasi puisi, pementasan teater, bengkel, seminar, dan sebagainya. Sehingga kini GKLN telah menganjurkan empat sayembara cerpen dan puisi, serta menerbitkan sebanyak tujuh naskhah antologi cerpen dan puisi termasuklah yang terkini, antologi puisi ‘Badar Metropolitan’ (2009) melalui sayap publikasinya, GKLN Publishing House. Pada tahun 2007 dan 2008 juga, GKLN dengan kerjasama DBP telah menganjurkan Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara yang dibimbing oleh Zaharah Nawawi, Salmiah Ismail, dan Ana Balqis.
Kewujudan GKLN ini secara umumnya telah mengasuh suasana yang begitu memberangsangkan di kalangan para pelajar luar negara untuk bergiat dalam penulisan. Pada tahun 2006 ahli-ahli GKLN di Morocco diketuai Ainaa Mardhiah Suhaimi, Khadijah Khalilah, Nur Zahirah Zahid, A. Rahim Zainudin dan Al Fannani telah membentuk Grup Karyawan Morocco (GKM) yang juga merupakan sayap kepada GKLN di negara itu. GKM menumpukan usaha membentuk bakat penulisan di Morocco melalui penganjuran Hari Diskusi Penulisan Islami serta Sayembara Puisi Islami Morocco yang diberi sokongan penuh oleh persatuan pelajar dan pihak kedutaan Malaysia di sana. Bahkan pada tahun 2008 satu sayembara khusus telah dianjurkan di antara penulis Morocco yang mendapat sambutan yang sungguh mengujakan.
Di Indonesia pula telah lahir Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia (IPEM) pada Januari 2008 yang berpusat di Universiti Makassar, Indonesia. Bermula dengan pembentukan editorial kecil untuk penerbitan buku, peranan dan keanggotaannya terus dikembangkan lantaran minat yang ditunjukkan oleh mahasiswa Indonesia terhadapnya. Selain bernaung di bawah GKLN, IPEM yang diketuai oleh Yazid Sahak, Halaa Burhanudin, dan Maisarah Shukri ini mempunyai keahlian lebih daripada 50 orang pelajar dari beberapa buah universiti utama di Indonesia.
Kelebihan geografi dan budaya sastera Indonesia yang akrab dengan sastera Malaysia membolehkan pelbagai aktiviti dianjurkan dengan sangat menarik dan berkesan. Misalnya pada Disember 2008 telah diadakan sesi bedah novel Laskar Pelangi yang dijayakan oleh penulis muda Indonesia Aan Mansyur. Kegiatan seperti berkelah, suaikenal dan bedah karya turut diadakan dalam program IPEM’s Day Out yang santai di Bantimurung pada Mei 2008. Juga dalam usia penubuhan yang masih muda, IPEM telah menganjurkan Sayembara Puisi Ramadhan 2008 dan Sayembara Puisi dan Cerpen sempena Minggu Penghayatan Islam 2009. Kegiatan IPEM boleh diikuti di laman http://ipem.wordpress.com.
Dalam tempoh yang sama di Adelaide, Australia, pula telah lahir Lingkaran Sahabat Sastera Adelaide (LSS) yang diasaskan oleh Muhammad Syukri Rosli. Kumpulan yang lebih menumpukan pengukuhan dan memartabatkan Bahasa Melayu ini kerap melakukan perbincangan secara atas talian (online) dan luar talian (offline) selain memenuhi jemputan forum dan persembahan deklamasi di sekitar Adelaide. Perbincangan, sumbangsaran dan pandangan para ahli pula telah dimuatkan dalam buletin ‘Ketupat’ yang boleh dimuat turun dari internet.
Meskipun belum lagi wujud satu komuniti yang kukuh dan berorganisasi di negara-negara selain daripada yang disebutkan, tempias dari kerancakan kegiatan berorientasi sastera terutamanya oleh para penulis GKLN telah mula membibitkan budaya penulisan di negara-negara tersebut. Misalnya beberapa penganjuran sayembara penulisan puisi dan cerpen telah diadakan di beberapa negara termasuklah Australia, Rusia, dan Jordan. Walaupun berskala kecil dan terhad kepada pelajar setempat, namun kesan positif daripada penganjuran sayembara ini tidak boleh diremehkan lantaran banyak bakat baru dan karya berkesan yang berjaya dicungkil. Juga di Jordan telah terbit sebuah antologi yang menghimpunkan artikel, cerpen, dan puisi para pelajarnya dengan judul ‘Manifestasi Tinta’ terbitan BKMNS pada tahun 2005.
Kemunculan penulis-penulis berlatar belakang luar negara ini wajar diberi perhatian serius oleh khalayak sastera kerana tawaran yang diberikan mereka dalam membentuk ragam sastera tempatan. Kelebihan menimba pengalaman di luar negara, meninjau situasi sosial dan budaya luar di samping ilmu bantu dalam bidang akademik masing-masing wajar digarap dalam karya sastera sekaligus member kebaharuan selain meluaskan tema, isu, dan pendekatan dalam berkarya. Kredibiliti Zaid Akhtar, Saharil Hasrin Sanin, Ibnu Ahmad Al Kurauwi, Fudzail dan Nazmi Yaakob misalnya sudah terbukti berhasil bahkan penulis mapan seperti Faisal Tehrani juga banyak menzahirkan cuaca tanah seberang (hasil kembara) dalam penukangan karya-karyanya.
Hilal Asyraf, penulis baru dari Jordan sehingga kini telah menerbitkan dua buah novel (Volleyball Team dan Relasi) selain Ilham Hamdani penulis lepasan sebuah universiti di Jepun yang menulis novel Hidayah Cinta dan kumpulan cerpen Mekar Sakura di Mimbar Cinta. Pencapaian ini turut diiringi penerbitan kumpulan puisi Menggeledah Nurani oleh Fahd Razy di samping skrip teater Harum Cinta Aisyah oleh Adibah Abdullah dari Manchester turut dipentaskan beberapa kali di Ireland dan United Kingdom. Hafez Iftiqar dari Melbourne pula telah membuktikan kemampuannya di gelanggang sayembara dengan memenangi tidak kurang dari empat hadiah penulisan dalam tempoh 3 tahun. Bahkan kerancakan berkarya ini turut tercermin di dada akhbar dan majalah dengan kemunculan karya-karya eceran garapan penulis dari luar negara ini.
Kesuntukan sumber, terutamanya kewangan dan bimbingan menjadi cabaran utama yang didepani oleh kumpulan-kumpulan yang bersemangat besar dalam memartabatkan dunia penulisan ini. Majoriti proses pembelajaran dan bimbingan terlaksana secara sumbangsaran dan perbincangan banyak hala di kalangan ahli tanpa dipantau dan dibimbing secara tersusun oleh penulis yang lebih berpengalaman. Hal ini ditokok pula dengan kekangan bahan bacaan yang baik lantaran tembok geografi menjadikan proses kematangan berkarya agak perlahan.
Fenomena penulisan di luar negara ini perlulah dilihat sebagai satu peluang dan pasaran baru dunia sastera tanah air dalam melahirkan penulis sekaligus penikmat sastera yang berwibawa terutamanya dari kalangan profesional. Dewan Bahasa dan Pustaka misalnya boleh memainkan peranan memberi sokongan dari segi kewangan, penerbitan, serta bengkel dan bimbingan  secara berkala dan teratur yang tentunya akan menyemarakkan gelombang penulisan di luar negara ini. Sebagai langkah awal, mungkin boleh diwujudkan satu unit kecil di bawah seliaan DBP berserta dana yang menumpukan proses pembangunan penulis di luar negara ini.
Umum mengetahui bahawa dunia mahasiswa merupakan tempoh yang kritikal di mana para belia-remaja sedang dalam proses mencari identiti dan pegangan. Juga dalam tempoh tersebut mahasiswa cukup lantang bersuara, paling giat berpersatuan dan terlibat dalam pelbagai kegiatan luar sekaligus menjadikannya masa yang terbaik untuk melentur bakat dan potensi dalam penulisan. Apatah lagi jika dunia mahasiswa ini ditempuhi dalam suasana masyarakat luar negara yang serba berbeza dan mendesak, tentu sekali ia nilai tambah yang menjanjikan.
Perbincangan: Puisi Berima?
SYABAB1ST BERTANYA “BOLEHKAH BUAT PUISI DENGAN RIMA HUJUNG YANG SAMA?”
Sembang Puisi
SYABAB1st bertanya
“satu lagi, kalau tulis puisi..biasanya bagi yang amatur macam saya ni, ayat terakhir untuk setiap perenggan tu biasanya mesti nak letak imbuhan yang sama dibelakang. contohnya cam puisi amatur kat bawah ni, BOLEH KE?:
Dia itu
> ku lihat sungguh berjiwA
> penuh semangat dihatinyA
> meniupkan harmonika jinggA
> yang bunyinya senang diketawA
>   Dia itu
> hanyalah seorang tuA
> yang sekadar mengemis usiA
> tapi hati masih berjiwA
> bukan hanya menadah tangan memintA
> tapi juga tetap berusahA
> walaupun harmonika hilang bunyinyA
>   Kesian aku pada dia itu
> yang mencari sekadar bekalaN
> meneruskan hidupnya mendataNG
> hanya itu menjadi tujuaN
> walaupun harmonikanya hilang panduaN
>  Hari inI > aku kembali lagI
> mencari dan memerhatI
> di mana dia itu
> sudah hilang dilautan manusiA
> yang memandang sepi pada dirinyA
*puisi ni saya tulis masa lepak kat grafton street:)”
TAMAT
Jawapan sdr AmirMukhriz (penulis)
“ kedua, berkaitan soalan sdr syabab, berkenaan sukukata yang sama bagi ayat terakhir setiap baris sajak, saya juga sependapat dengan fadhrazy, tiada salahnya, itupun,
jika kena pada gaya dan tekniknya,
jika iramanya tidak songsang,
jika maksudnya sampai,
jika itu yang terbaik bagi puisi tersebut.
kesimpulannya, jika menepati ‘jika2′ yang di atas, maka, teruskanlah dengan apa yang telah anda tulis.
amalkan tips yang disarankan fadhrazy, selepas siap puisi tersebut, simpan dulu, dan ulang baca, biar banyak kali, sampai puas kita dgn puisi tersebut. lebih baik lagi, kita bagi puisi tersebut pada kawan yang mmg tahu selok belok puisi, suruh dia ‘bedah’ puisi tersebut, tengok mana kurang lebihnya.”
Jawapan sdr Aina Adillah (penulis)
“Saya cuba jawab ikut faham saya…hehe…tak pandai sebenarnya fahd. saya memang tak pandai tapi tak semestinya rima sama sahaja hujungnya. jadi timbul kebosanan pulak..yg penting mesej dan kata puitis yang harmoni atau serasi..sudah ok bagi saya…
wsalam.”
Jawapan sdr Airmas SZ (penulis)
“Salam ,
ini sekadar pendapat saya. Puisi itu adalah kata-kata yang manis, rima dalam puisi pula adalah ragam , puisi bebas tidak terikat dengan rima, biasanya rima menjadi tuntutan kalau membina puisi traditional …”
Jawapan sdr TintaSukma (Penerima Anugerah Penyair Alam Siber 2006)
“Bagi kak tinta, dulu kak tinta pun cenderung mencipta sajak berima hujungnya. Tapi bila meneliti sajak2 sedemikian, ada pos dan kons ..
pros: antaranya, bila dibaca (dengan suara), gendangnya cantik, menarik, dan seimbang. Kadang-kadang rasa macam sajak terikat/semi tradisi ..
kons: apabila bikin sajak berima nie, kalau tak hati2, kata2 boleh lintang lari. Kak tinta ‘revise’ semula sajak2 lama, rasa macam meleret dan tak terjaga lantaran terlalu mementingkan rima. Banyak perkara/ungkapan yang boleh diekonomikan tapi terabai ..
w’salam ..”
Jawapan FahdRazy
”Tentang soalan kedua, memang saya juga perasan kebanyakan puisi, terutamanya penulis-penulis baru seperti kita cenderung meletakkan imbuhan atau suku kata yang sama di hujung baris. Sebenarnya itu tak jadi kesalahan, bergantung kepada gaya masing-masing. Cuma kalau terlalu kerap,akan mengganggu nada/ emosi/kelancaran sajak. Akan terasa janggal apabila kita baca.
Bagaimana nak tahu mengganggu atau tidak?
Ini satu tips…apabila siap sajak,simpan dulu, bawah bantal ke, bawah tilam ke, bawah apa-apa sahaja…sejam kemudian, cuba buka dan baca semula, dari tajuk, rangkap satu dan langsung sampai habis… Apabila saya buat macam ini, selalu saya akan perasan beberapa bahagian-bahagian atau kombinasi perkataan yang nampak lemah, bunyinya macam tak masuk…errr….faham ke? Cuba buat dulu…bila dah selalu buat, akan jadi mudah nanti nak kesan kelemahan tersebut.
Kadang2 saya juga selalu buat puisi yang ada sukukata akhir yang sama bunyi…tapi bukannya semua satu rangkap mempunyai suku kata sama. Biasanya, contoh ada 5 baris dalam satu rangkap, saya akan buat 2 atau 3 baris yang sama sukukata akhirnya. Juga kadang2, suku kata yang sama itu saya letak di pertengahan sajak, supaya pabila dibaca secara berterusan, nadanya jadi sesuai.
Contoh, ini sajak bertajuk Angin Sejarah, perhatikan pada huruf yang capital.
”Angin itu yang berbisik pada taNAH
adalah angin sejaRAH
yang menghimpunkan aroma daRAH
dari sekebun makam syuhada.
Di sini ia berbicara kepada putik bangsa,
sesudah 48 tahun berpeleseran mengusung awan makMUR
mencari makna suBUT
sambil meniupkan tegarnya lafaz hamdaLAH kepada yang Maha MenganugeRAH
saat kegagaHAN zaMAN menyalin keruh asap penjaraHAN
kepada harum sekebun kemboja
di benua kebebaSAN”
jadi kesimpulannya, kadangkala penting juga meletakkan sukukata/imbuhan yang sama, supaya apabila baca nampak kesinambungan dari segi bunyi. Cuma, jangan terlalu tepu dengan kaedah ini, sehingga setiap baris dan rangkap menggunakan teknik ini. Nanti nampak seolah2 sajak itu terlalu di’paksa’kan…dan pembaca yang membacanya juga akan rasa janggal.”
Jawapan sdr Ani Marzah (penulis)
“puisi melayu adalah sajak yang bebas. pada pandangan akak, tidak semestinye di belakang berima sama. pembatasan mengolah kenyataan mungkn akan sukar. Puisi bebas. kalanya sedikit pun rima belakang ayatnya sama setiap baris.
kak anim”
Jawapan sdr Assyramy (Penulis)
“Wsalam
Sajak yg sdr tunjuk cth tu kalau saya saya panggil sajak berima. Sebab rima hujungnya sama,sebenarnya rima tu kita boleh letak di awal cthnya ..
MAkanlah
MAlu-malulah pulak
MAlu kat siapa?
MArka ada kat sini ke?
kalau ikut sastera yang saya bljr masa SPM dia panggil sajak terikat. Sebab dia mengambil salah satu ciri puisi tradisional. Sebab puisi tradisional nak kata puisi tradisional seperti pantun,syair,gurindam dan lain-lain ada banyak ciri. Antaranya sukukata dalam baris,bilangan baris dalam rangkap,rima,bunyi dsb.
Bagi penyair amatur seperti saya, ciri persamaan rima adalah biasa untuk mengindahkan sajak kita. Sebelum kita ada identiti,ia adalah perkara biasa. Permainan rima adalah perlu pd masa2 tertentu.
Wallahua’lam.”
Cerpen: Antara Rumah Putih dan Kota Darah
Oleh Ilham Hamdani (Australia)
Dipetik dari Berita Harian Online
“Selamat datang!”
“Ahlan! Datanglah ke daerah berkat! Hampirilah tanahnya Ibrahim!”
Jerit gegar melata di mana-mana – Masjidil Aqsa, Tempat Wuduk, Dome of The Rock, Bangku Cawan, Bangku Pancuran Wuduk, Kubah Ahli Nahu, Kubah Nabi Yusuf, mahupun di celah-celah Bangku Pancuran Wuduk. Kawasan di sekitaran pentas utama; Mimbar Burhanuddin yang diberkati namanya daripada Qadi Baitul Maqdis itu, apatah lagi, sendat sungguh tanpa seinci pun ada ruang, meskipun untuk sebelah kaki cuma.
Dia melambai. Gagah. Megah. Bersamanya angin berhembusan. Damai metah.
Kami di bawah, teruja, mengharap, sedang doa di atma berantai-rantai – Oh Tuhan, inikah jelmaan Malaikat-Mu yang akan menitipkan keadilan untuk sarwajagat? Oh Tuhan, inikah bayangan wali-Mu yang akan mengembalikan kebenaran yang terpadam? Tuhan, dengarlah, makbullah!
Di sebelahnya, di atas Mimbar Burhanuddin yang duduknya pertengahan antara Masjidil Aqsa dan Dome of The Rock; batu berpijaknya Nabi SAW pada malam agung Mikraj, bersemayam beberapa tubuh dibalut pakaian rasmi serba anggun.
“Satu perempuan. Dua lelaki,” saya berbisik.
“Jubah tu membuatkan Hillary kelihatan lebih muda, bukan? Kalaulah dia bertudung, aduhai! Hey, kau tahu, yang kanan tu Robert Gates, Setiausaha Pertahanannya dan yang kiri sekali … err … kalau tak salah, James L Jones, Penasihat Keselamatan Negara. Aku pernah sekali tengok mukanya dalam The Palestine Herald Press.” Rafik di rusuk kiri saya berceritera tanpa dipelawa.
21 Januari – mentari Jerusalem berkelip ceria, seperti membawa cahaya keamanan dari syurga. Pawana damai, entahkan dari Mediterranean, mungkin sahaja dari Laut Mati atau tak mustahil angin Laut Galilee di utara sedang mengirimkan wangi kebahagiaan. Sedang, hudhud yang terbang jauh dari Mount Carmel di Haifa bersorak-sorak sambil bertari-tari.
Pagi ini, kawasan ini yang selalunya bermerah darah, menjadi pentas selebriti, berkarpet warna hati dan lensa-lensa sang paparazzi memercikkan kerlipan cahaya bak bintang kejora di langit Ramallah pada malam bukat. Beberapa pemuda dengan bendera berwarna hitam, putih, hijau dan berbucu merah berteriak garang – Bebas Gaza! Bebas Gaza! Bebas Gaza!
“Hidup Amerika! Hidup Amerika! Hidup Amerika!”
Yang kiri saya, saya tahu, itu ketompokan Yahudi bersipongan, teruja. Lelaki itu terhenti bicara, menarik nafas, seraya tersenyum.
“Muslimin muslimat .…”
“Hidup Palestin! Hidup Palestin! Hidup Palestin!”
Yang kanan saya, saya pasti, itu kumpulan Islam, menjerit – terpesona. Lelaki itu, yang rafik di sebelah saya sempat berbisik tadi – dialah Presiden Amerika yang ke-44 – tersangkak lagi perkataannya. Meski tampangnya dibaham mentari terik, dia tega menguntumkan senyum.
“Semalam, saya dimasyhurkan sebagai orang nombor satu Amerika. Lantas pagi ini, saya mahu memberitahu dunia – keamanan akan dikembalikan, keadilan akan ditegakkan dan tanah Palestin balik buat orang Palestin….”
“Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!”
Pekikan itu tumbuh di mana-mana.
Ada manusia di kanan saya yang kelihatannya langsung sujud. Sebahagiannya meraup muka, setelah berdoa bertangis bersengguk.
“Abi, ummi, suamiku dan anak manjaku, hari ini Tuhan sudah menjawab ratap doa kita. Palestin akan bebas. Alangkah bahagianya jika kalian ada bersama pada pagi ini, alangkah!”
Sungguh. Bicara wanita separuh baya yang menjulang patung perempuan dipalit warna darah itu, sungguh-sungguh mengusik jiwa. Air dari tasik hati, meski diempang semahu daya tetap terpecah, menyungai pada pipi.
Peluh sampai ke keting sudah tak terendahkan lagi. Dengan bandana BEBASKAN PALESTIN bertulisan merah, reneh peluh pada batang hidung saya elus kasar. Hudhud sekawan yang bertenggek pada Kubah Rangkaian tetap riuh berdendang.
“Mana Ehud Olmert?” tukas saya, separuh berbisik. Indera lihat saya melingas atas mimbar raja. Ada orang mengasak dari belakang. Kalau tak ditegaskan, boleh sahaja saya tersembam, terpelanting, bahkan.
“Kau memang ketinggalan zaman, Yousuf!”
Seketika, lensa kami bertembung. Tampang kami tegang.
“Kenapa?”
“Skandal rasuah telah melingkupkan manusia jahanam tu! Dan sekarang, Tzipi Livni yang dulunya Menteri Luar baru sahaja bentuk Kabinet.”
“Oh!” Saya akur kejahilan diri. Saya kaget oleh kilatan yang tiba-tiba singgah tepat. Seorang jurugambar dengan label CNN lantas beredar.
“Ah, siapapun … Livnikah, Olmertkah, asalkan bangsa Yahudi, mereka tetap sama! Keadilan telah lama dikuburkan mereka hidup-hidup. Sudah tu, mana Livni?” tukas saya lagi.
Sambil menyebak rambutnya yang disiram peluh, dia berceritera, “dia hanya menyambut di Ben Gurion Airport, kemudian terus berpisah. Mereka mungkin di The Knesset sekarang. Dengarnya, awal-awal lagi puak Yahudi sudah tahu lelaki itu ke sini seperti kemasukan Salahuddin al-Ayubbi ke kota Baitulmaqdis.”
“Seperti kedatangan Salahuddin al-Ayubbi?!” Bulat mata saya menerjah lensanya, istifham saya membuak-buak, “masakan!”
“Kenapa?” soalnya. Wajahnya menyala.
“Kau bukan tak tahu siapa di belakang sang Presiden! Ahli Kongres Demokratnya sahaja, tak kurang 38 orang berbangsa Yahudi. Joe Biden, Naibnya yang diam lama di bahagian Hubungan Luar tu, ah, satu rahsia umum … dia memang menganak-emaskan Israel. Oh ya! Jangan dilupakan, yang mengaturkan makan minum, pakai tidur lelaki tu di rumah putih adalah Yahudi jahanam, Rahm Emanuel dan pula ayahandanya, Benjamin M Emanuel yang lahir di sini adalah anggota Irgun … militan Zionis!”
“Hey …” Tampang merahnya bersaga benar.
“Lelaki tu datang ke sini sepertinya nabi Muhammad yang membuka Makkah pada sepuluh Hijrah, sepertinya Sultan Muhammad Fatih membuka Konstantinople pada 857 Hijrah dan sepertinya Salahuddin membuka kota Palestin! Lelaki itulah jelmaan Malaikat Allah yang kita tunggu selama enam dekad!”
“Diamlah!”
Wanita yang mengendong anak kecil mendengus bengis. Kami segera diam menekur, menelan kesal, lantas merenung lantai berkilat demi meminjam cahaya bola jingga yang mengawas pada langit alam!
“Bahawa, pada 2 Oktober 1187 Islam di bawah lelaki Kurdish, Salahuddin al-Ayubbi telah menawan kota ini. Anehnya, kata Michaud, sejarawan Perancis – keadilan telah dibebaskan daripada pasungannya. Orang Nasrani dibiarkan tinggal aman di dalam kota. Paderi-paderi gereja dilindungi, biarpun sebenarnya lidah-lidah mereka itulah bara yang memercikkan bunga api yang kemudiannya marak membakar kedamaian kota Nabi Daud ini. Hanya para perajurit berperang sahaja yang dihalau keluar. Itupun hulubalang Yahudi, Guy de Lusignan hanya diberi kata dua – berambus dari sini!
Hari itu, tiada nyawa tak berdosa yang hilang dan tiada darah tak bersebab yang tumpah. Adakah gereja-gereja seperti Moriah, Chotel Maarbi atau Mekom Hamikdash diganggu? Jawabnya, tidak!
Hari ini, sebaliknya sekolah-sekolah dan masjid dibakar. Rumah-rumah pula disodok tanpa ada sedikit pun ihsan dan ibaratnya, sungai-sungai Kidron dan Siloa, Kishon di lembah Jezreel, Cane di Wadi al-Kazab, mahupun Cherith, tempatnya Nabi Elijah, telah merah oleh lebih 1,000 nyawa yang rata-rata kanak-kanak, wanita dan orang tua. Ia mengingatkan kita – kezaliman itu sudah keterlaluan.”
“Anakku sayang, Zionis itu kejam, bukan?” Wanita yang memegang patung tadi membelai mesra patung itu seperti anaknya sendiri, sedang air matanya mengalir deras.
“Bahawa, kemuflisan sedang melanda dunia sekarang dan di antara sekian banyak kemuflisan, yang paling menakutkan adalah muflisnya rasa kemanusiaan!”
Lelaki itu, ah, bicaranya mencairkan, karismanya mempesona sungguh. Alam Jerusalem bagaikan terkunci kata, angin mati arah, mentari bersinar dengan suam-suam, sedang hudhud sekawan terdiam, menekuni hikayat kezaliman.
“Dan pagi ini, pagi kedua saya sebagai polis dunia, saya akan menjadi Salahuddin kedua, memulangkan hak kepada tuannya.”
“Takbir! Allahuakbar!”
Takbir di sana. Tasbih di sini. Tahmid meniti antara bibir, berantai-rantai, tanpa ada wakafnya. Manusia sujud di kiri dan kanan saya. Lantai bumi tanah suci ini telah menjadi saksi – oh keadilan yang siap dikafankan itu masih hidup, rupanya. Seketika nanti ia akan kembali diberi nadi, oleh lelaki hitam itu, ya sepertinya kata Abdul Aziz – lelaki jelmaan Malaikat!
“Saya tahu, keputusan ini akan dibangkang Kongres. Saya pasti keputusan ini ditentang puak-puak politikal Yahudi saya. Tetapi, saya adalah saya. Saya bukannya Bush, bukan juga Clinton, apa lagi Bush tua. Saya adalah saya, hanya akan sujud kepada kebenaran!”
“Jahanam Yahudi! Jahanam Yahudi!”
Seorang pemudi, saya kenal, dia dari Ramallah, berjubah hijau tua menjerit nyaring. Sepanduk bergambar pemimpin Amerika di tangannya dijulang setinggi langit. Dia menjerit lagi, dan kemudian ramai orang ikut meneriak sama.
Indera lihat saya tumpah pada Hillary. Wajah bergulanya kelihatan masam mencuka. Dua lelaki bersamanya hanya menatap bumi, terlihat bermuram durja. Tompokan Yahudi pada sisi kiri saya terdiam. Pun dengus-dengus bernada dendam berbaur amarah tak tersembunyi lagi pada tampang mereka yang lantas sahaja berwajah Zabaniah itu. Beberapa kerat mereka melangkah gontai meninggalkan medan. Medan keramat!
“Hak Palestin yang hilang pada 1948 akan saya kembalikan pada pagi ini.”
Oh Tuhan!
“Kau lelaki hitam berhati putih!”
Saya lihat sepanduk dinaikkan di mana-mana, semberi suara gegak bak nafiri perang yang membakar semangat disemboyankan di sana sini. Bendera Palestin ikut berkibar tatkala diseru pawana – ah, bendera ini akan megahkah nanti, pada saat lelaki itu menawan Rumah Putih?
Cahaya lensa giat terus. Ditalanya di sana dan di sini – wajah lelaki itu, tak tertinggal Hillary dan orangnya. Kemudian melilau lagi, pada orang yang sujud, pemudi Palestin dengan sepanduk yang rencam dan wajah-wajah tua yang tersenyum bahagia.
Indera dengar saya sempat menangkap daripada seorang lelaki tua yang datang bertongkat, “akan aku ceritakan perihal pagi ini kepada cucuku. Dulu, Datukku pernah bercerita – hak Palestin telah dirampas pada pagi 14 Mei dan pagi 21 Januari ini, Palestin telah mendapat haknya semula. Pasti aku kuceritakan!”
Hawa berpupuk lembut. Damai metah. Mentari bercahaya sedang-sedang, awan-gemawan beropol-ropol pada dada langit Jerusalem. Tak pernah saya rasai ria seperti pagi ini, sungguh! Hanya yang dicicip selama dua dekad usia saya adalah rasa kepahitan yang pekat, sedang kedamaian itu kelat sungguh.
“Yousuf, kautengok! Tuhan di atas langit itu telah berkata: Kun, jadi! Fayakun, maka jadilah!”
Rafik berhati waja bersuara senang. Air matanya berkali pada pipi mulusnya. Seorang anak kecil, saya agak tiga tahun usianya, berambut bulu jagung dijulang tinggi oleh ayahanda yang bertakbir kuat. Seorang ibu tua berjubah lusuh yang bernaung di bawah Pancuran Qasim Basya saya lihat langsung sujud, lama, tak panggung-panggung.
Saya diam, tak terkata, hanya indera fikir mengatur bilah bicara, “teruslah kita ucapkan Hamdalah, Abdul Aziz!”
Kami berbalas renungan. Ah, senyumannya manis bak bidadari kayangan. Dia angguk, dua kali, “ya, ya. Alhamdulillah! Pagi ini kita berhimpun di taman syurga, bukan?”
Beberapa detik bersambung, tanah berkat itu terus digirangkan oleh syair riang lelaki Amerika itu. Mentari tetap tergantung molek bagai sebuah obor keamanan. Pawana masih bersepoi damai, sedang hudhud leka menyanyikan lagu kebahagiaan.
Alam gelap tiba-tiba pada seminit berselang.
“Allahuakbar!”
Ada suara bingit yang bisa memecahkan gegendang.
“Kenapa, Abdul Aziz? Mana suara keramat lelaki tu?”
Diam, tiada jawab daripada rafik karib itu.
“Allahuakbar! Tuhan!”
Ada merah di mana-mana.
Ada bingit di mana-mana.
Ada hanyir di mana-mana.
“Aduh Tuhan!”
“Abdul Aziz? Abdul Aziz?”
Saya tergagau mencari teman yang baik sungguh itu.
Senyumnya masih berdelima, memegang perut sambil mengaduh kuat. Ada merah meleleh lebat. Pun dia sempat menitipkan saya kata, “aku sedang berlarian ke taman syurga!”
“Allahuakbar! Tuhan!”
Merah.
Merah.
Merah.
Esoknya dada akhbar di seluruh dunia  –  DAJAL ISRAEL MESTI DIHAPUSKAN. OBAMA DAN HILLARY ANTARA KORBAN TERBARU.
BIODATA:
ILHAM Hamdani nama pena bagi Mohd Izuddin Mahamad Nazir dilahirkan di Kangar, Perlis. Sebelum ini dikenali sebagai Addeen Bandarsepi. Karyanya kerap mendapat tempat dalam media arus perdana manakala Kumpulan Cerpennya, Mekar Sakura Di Mimbar Cinta dan novelnya, Hidayah Cinta diterbitkan PTS Millennia. Beliau juga anggota Grup Karyawan Luar Negara. Lulusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Ibaraki , Jepun, kini berkhidmat di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia.
Kenapa Perlu Sastera Sangat?
OLEH MUHAMMAD SYUKRI ROSLI
http://janjilaxamana.blogspot.com
PERSOALAN ini aku yakin bersimpongang dalam relung hati kalian tatkala membaca tajuk celoteh ini. Kenapalah aku sibuk-sibuk menyeru kalian; budak-budak luar negara yang ditaja bermacam-macam jenis badan, lembaga, korporat atau apa-apa sekalipun, membaca teks yang tidak ada kaitan dengan subjek yang sedang dipelajari di universiti sekarang. Ramai di kalangan kalian, sudah mendengar tentang sastera, barangkali semenjak KOMSAS yang kalian terpaksa hadapi di sekolah dahulu dan sudah berperang dengan soalan-soalan mencabarnya dahulu. Aku pasti, kalian juga merusuh, kenapa pula untuk masa ini, aku datang kembali dengan membawa panji perkataan-perkataan, ingin menjajah kembali wilayah hati kalian yang sudah merdeka daripada soldadu sastera Melayu.
Sebelum aku terus terjun menghunjam tombak-tombak hujah kepada kubu yang mengikat hati kalian, aku ingin bercerita sedikit sebanyak.
Zaman pasca-moden ini, ramai antara makhluk yang berstatus manusia mudah mengukur kejayaan hidup mereka melalui benda yang yang nampak dek bebola mata; seperti rumah banglo besar dua pintu utama, kereta besar empat tayar campur satu tayar ganti, dan helaian-helaian kertas warna-warni yang terpampang wajah Raja dan ditulis nombor berbilang angka. Aku tidak katakan salah kepada kayu ukur yang digunakan dalam menentukan kepanjangan kejayaan manusia itu, tapi pernahkah kalian terfikir, berbaloikah kepanjangan tersebut andai tidak ada kecerdikan dalam menggunakan kertas-kertas bernombor, keindahan dalam penghasilan pintu-pintu banglo, malah tiada nyanyian yang sedap didengar dalam kereta yang mempunyai satu tayar ganti itu. Dan paling dihajati antara tiga itu adalah perasaan aman dan permai dalam menjalani kehidupan di muka bumi. Manusia yang berlabel hamba juga ingin berkongsi kata sesama manusia, memiliki anak yang cukup ajar, dan dikelilingi oleh masyarakat yang tidak menculik budak dalam kekayaan banglo, kereta dan wang. Bagaimana sesebuah negara yang mempunyai rakyat 26 juta misalnya mampu memiliki keamanan dan kepermaian yang diidamkan itu?
Aku tahu kalian juga tahu jawapannya. Pembangunan unsur kedua manusia adalah jawapan yang bergema-gema dari hati kalian. Projek kemajuan rohani yang mega ini bakal menghasilkan budi bahasa budaya kita, masyarakat glokal, kepercayaan agama yang utuh, nilai-nilai murni beretika, sopan santun dan keselamatan sosial. Namun, dapatkah kalian rabai, rasai dan nikmati bagaimana lurah bonjolnya perasaan kerukunan, kebudian, bahasaan, keglokalan, keagamaan, kenilaian, kemurnian, keetikaan, kesopanan dan kesantunan yang menjadi tunjang negara yang aman dan permai itu? Sekali lagi kalian akan menjawab, tentulah tidak dan mustahil dengan menggunakan lima indera ini. Jadi, aku ingin sekali halakan panduan pemikiran kalian ke arah bagaimana kita mencapai puncak kepuasan kehidupan dunia itu sungguhpun tidak dapat dirasa oleh panca indera.
Keamanan dan kepermaian hidup adalah ciri masyarakat yang berperadaban. Peradaban di sini adalah manusia yang hidup benar-benar sebagai manusia, tidak dicemari oleh falsafah kebabunan atau kesiamangan, atau tidak mengamalkan apa-apa tatacara rimba belantara tropika. Hakikat manusia yang mencapai peradaban adalah manusia yang maju dari segi rohani dan fizikal. Aku mendapati dalam era kecanggihan teknologi maklumat ini, manusia sudah mencapai tahap kemajuan jasmani secara total, namun masih mundur dalam pembangunan rohani. Aku juga seperti kalian, mahasiswa yang ditaja oleh sebuah kompeni, yang tidak lari daripada ketinggalan mencapai taraf kemajuan rohani sungguhpun dirian-dirian fizikal sudah pesat membangun. Ingin sekali aku melipur lara pada kalian bagaimana kita sama-sama boleh mencapai kemajuan dan wawasan manusia berperadaban badaniah dan rohaniah secara sekali gus. Tidak lain tidak bukan, adalah dengan melalui salah satu lorong daripada banyak-banyak lorong yang akan membawa kita ke destinasi yang diimpikan iaitu dengan melalui lorong sastera.
Tidak perlulah aku huraikan tema, gaya bahasa atau plot kerana itu sudah kalian belajar. Tapi, apa yang ingin aku ketengahkan di sini adalah persoalan: kenapalah sastera. Secara secara rasminya ditafsirkan oleh Kamus Dewan sebagai kesusasteraan hasil seni (karya tulisan) dlm bentuk prosa atau puisi yg mempunyai ciri-ciri keistimewaan yg tertentu. Dalam hal ini, ingin sekali aku gunakan novel sebagai salah satu perkakas untuk memahamkan kalian dengan lebih lanjut tentang amali sastera ini.
Kalian lihatlah novel, terdiri daripada susunan huruf-huruf yang dikurung dalam ayat-ayat dan disempadankan dalam perenggan-perenggan. Setiap perenggan itu menjadi rakyat-rakyat dalam negara bab dan negara-negara bab membentuk kesatuan sehingga terhasilnya dunia novel. Sebuah novel adalah sebuah jasad yang tidak bermaya dan mati sementara. Dalam penghasilan novel, penulis yang diserabutkan dengan idea dan pemikiran akan menyusunnya semula untuk dihidupkan menjadi sebuah cereka yang mencakup latar tempat, masa, masyarakat, diberi belok-belok serta diletakkan konflik antara watak di sana-sini. Pada sela masa ini, novel itu menjalani `kehidupan’ dengan ghairah. Kemudian novel itu akan `mati’ semula. Apabila datangnya kalian untuk membacanya, novel itu akan ghairah kembali menjalani `kehidupan.’ Ini disebabkan oleh, kalianlah yang menghidupkan kembali cerita dalam novel itu dengan pembacaan.
Untuk penulis dan pembaca novel yang baik; seperti kalian, novel dilihat sebagai satu kesatuan pengalaman manusia yang memiliki ciri kompleks manusia dan berpintal-pintalan dengan pelbagai keperibadian manusia. Melalui kekompleksitian dan kepintal-pintalan peribadi manusia, novel akan membangkitkan kesan emosi dalam diri pembaca, satu demi satu. Kita boleh anologikan sebagai satu masukan makanan ke dalam perut seperti ini; ibu yang memasak makanan mempunyai dua cara untuk memberi anaknya makan. Pertama adalah dengan menonyoh makanan itu ke dalam mulut secara kasar atau menyuap anaknya dengan penuh lemah lembut. Ini juga seperti novel, di mana huluran pengajaran dan peribadi kompleks manusia adalah dengan penuh kasih dan disenangi hati, tidak seperti tonyohan-tonyohan yang keras dan kasar. Seperti seorang ibu yang menyuapkan makanan tadi, kesan pengajaran terhadap perasaan akan lebih menusuk dan lebih berkesan. Inilah kelebihan dalam sastera.
Dalam kesusasteraan yang mempunyai keindahan estatika itu, kalian akan ditarik untuk menilai masyarakat secara langsung atau tidak langsung. Kalian; golongan intelektual yang terpelajar, disara oleh majikan atau kerajaan secara elaun bulanan, perlu menjadi aset yang berguna kembali kepada masyarakat. Memanglah masyarakat memerlukan kepakaran kalian dalam tekonologi, namun; di ruang luar negara ini, kalian mempunyai peluang untuk mengasah bakat keintelektualan itu. Keintelektualan tidaklah berharga seandainya kalian hanya meletakkan nilai pada sijil-sijil sahaja, tapi ia akan menjadi semahal nyawa seandainya kalian memasukkan harga keprihatinan kepada masyarakat, setaraf dengan nilai-nilai graduan kalian. Aku pasti, majikan kalian mahu melahirkan produk yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan pemikiran. Maka sastera adalah salah satu kenderaan laju untuk kalian memecut mencapai matlamat itu.
Di sini, ingin sekali aku ceritakan bagaimana. Melalui sastera, pelbagai kritikan sosial, tindak tanduk, gerak laku manusia dalam satu-satu situasi akan diceritakan baik dalam genre puisi, cerpen atau novel melalui pelbagai teknik. Ada adegan yang dilalui manusia secara jenaka, ironi, simbolik, satira dan sebagainya. Malah ada juga episod-episod manusia akan dilalui dengan rawan hati, kehibaan, kerinduan, kegundahgulanaan dan ia akan menggerakkan simpati kalian secara dalam dan halus. Selain itu, ia juga membantu kalian melangkau realiti dengan menaiki karpet terbang fantasi yang menjangkau lapis-lapis hidup yang tidak tersampai oleh logik kalian. Ini semua akan menjadi nilai tambah pada kalian dalam mendepani hidup. Secara tidak langsung, kalian akan menokok pengalaman yang akan mematangkan perjalanan kehidupan kalian.
Sastera memperihalkan kehidupan manusia kepada kalian. Ia membenih cinta yang murni, belas kasihan, radang, benci, sabar, rusuh, pongah, suka menunjuk perangai, hasrat untuk menerima atau hasrat untuk menolak dan pelbagai-bagai lagi tindakan yang kalian ambil dalam kehidupan. Ini akan menyedarkan kalian bahawa kita ini manusia sahaja, yang menjalani realiti hidup yang pelbagai. Kita akan mengenali kepelbagaian hidup manusia dan mengenali manusia yang terlibat dalam kepelbagaian itu. Melalui pembacaan teks-teks sastera, kita akan turut sama dilibatkan dalam kepelbagaian kehidupan watak. Sekali lagi ingin aku katakan, ia secara langsung dan tidak langsung akan mengayakan pengalaman kalian. Ini bukan sahaja membantu kalian mengenali diri sendiri, malah juga mengenali manusia secara terus. Nah, hebat tak sastera ini?
Bagi aku, sastera mempunyai kelebihan berbanding dengan teks-teks akademik. Aku melihat sastera mampu mengusik jiwa aku, memanggang seketul daging bernama hati untuk terbakar dengan semangat-semangat padu dan menggerakkan sensitiviti indera aku melalui nada yang dekat dengan kalbu. Aku pasti, ramai orang suka mendengar cerita. Sastera juga bercerita kepada aku. Aku mendengar watak-watak itu bersembang sesama sendiri, berkonflik di dalam hati malah bermonolog seorang diri. Aku tidak dapat tidak terkesan dengan semua itu. Kalau baik watak yang ada dalam teks sastera, maka aku akan sedaya upaya mahu contohi. Kalau jahat wataknya, aku mahu usaha bersungguh-sungguh untuk jauhi. Kemajuan sastera dalam bidang yang dekat dengan jiwa menyebabkan aku lebih senang terkesan jika hanya membaca huraian-huraian yang disusun dalam bentuk point, kata-kata kunci, atau cabang-cabang peta minda.
Jadi, aku pasti kalian sudah berminat dan jatuh cinta pula pada sastera ini. Aku yakin, kalian mahu bersama dalam sastera dan berdamping dengannya dengan asmara-asmara untuk menegakkannya. Tapi, apalah cinta tanpa pengobanan. Pengorbanan kekasih yang bernama sastera itu perlukan adalah pembacaan teks-teksnya dan penghasilan karya-karyanya. Siapa lagi kalau bukan kalian. Maka, aku ada cara untuk bagaimana kalian boleh memikat buah hati bernama sastera itu supaya menjadi pasangan hidup yang membahagiakan rohani kalian iaitu dengan melalui gerbang Lingkaran Sahabat Sastera Adelaide. Selamat datang aku ucapkan.
Rujukan:
Baha Zain, Kenapalah Sastera, Dewan Sastera Februari 2008, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad, Gubahan Novel, 1989, Dewan Bahasa dan Pustaka.