Aliran dalam Sajak

panduanpenulisan

Oleh Khairulzuan Abdul Majid
(www.khairulzuan.blogspot.com)
Sumber: http://kapasitor.net

Aliran dlm sajak/puisi merujuk kepada pegarangan dan sikap pengarang yang terlihat dalam karya. Aliran lazimnya dikaitkan dengan zaman. Sebagai contoh, pada masa ASAS 50 dahulu, pengarang2nya lebih cenderung kepada aliran realisme sosial, yang sesuai dgn konsep perjuangan angkatan tersebut, dan ikuti dengan aliran lain lagi.

Aliran yang sering diperkatakan ialah:

1. Aliran romantisme
2. Aliran realisme
3. Aliran realisme sosial
4. Aliran ekspresionisme
5. Aliran impresionisme
6. Aliran imaginisme

Menurut Dharmawijaya (1998), aliran romantisme ialah aliran yg ingin menggambarkan kenyataan hidup dengan penuh keindahan tanpa cacat celanya. Jika digambarkan kebahagian, maka kebahagian itu penuh dengan kesempurnaan. Unsur perasaan lebih dominan atau lebih penguasaan sajak-sajak aliran ini.

Aliran realisme pula merujuk kepada keseluruhan kenyataan atau realiti yang sebenarnya ada, iaitu yang ditemui, dilihat dan dirasakan. Penggambaran oleh tokoh manusia, tidaklah diungkapkan gambaran sifat, perlakuan atau keistemwaannya dengan tokok tambah mengikut kebebasan keinginan pengarangnya.

Berbeza sedikit dengan aliran realisme sosial yang lebih memaparkan kenyataan yg dialami oleh masyarakat atau golongan yang menderita, iaitu buruh, petani dan nelayan. Tujuan penyuaran atau penggambaran kenyataan ini ialah untuk membangkitkan kesedaran menentang golongan kapitalis.

Aliran eksperesionisme pula merupakan aliran yang pengarangnya tidak mengungkapkan sesuatu secara objektif melainkan secara subjektif. Dengan yang demikian, sesuatu yangg dieskpresikan adalah gelora dan kehendak jiwanya. Segala-galanya yang lahir dari cetusan jiwanya.

Aliran impresionisme merupakan lanjutan daripada aliran realisme. ia merupakan kesan pengarang setelah menghayati kenyataan kehidupan. Sajak-sajak aliran ini kurang memberi gambaran tentang sesuatu kenyataan sebenar secara terperinci, tetapi kesan itu lebih kepada pemikiran, perasaan dan kesedaran pengarang. kata-kata yang digunakan tepat, mempunyai kesatuan imej dan penyusunan yang seimbang.

Akhirnya, aliran imaginisme. Kalau di AS sekitar thn 1909 hingga 1918, kumpulan pengarang imagisnya dikatan muncul kerana memberontak menentang konvensional. Dengan itu, tidak hairanlah jika mereka menggunakan bahasa percakapan biasa dlm karya, sehingga sajak mirip prosa tetapi kata-kata itu dipilih secara cermat dan berkesan.

Pemahaman terhadap aliran-aliran ini sekurang2nya dapat menjadi asas kepada penciptaan karya yang lebih berkesan serta relevan dengan masa dan keadaan.

sumber: Nota kuliah Bacaan Luas Siri o5 m/s 12-13,Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin.

2 Responses to “Aliran dalam Sajak”

  • Hiya, I was reading an additional issue about this on another blog. Interesting. Your perspective on it’s diametrically contradicted from what I read earlier. I’m even now pondering on the opposite items of view, but I’m leaning to a very good extent toward yours. And irrespective, that is what’s so perfect about modern democracy and also the marketplace of ideas online.

  • I generally don’t write comments on posts, but your article urged me to commend your writings. Thanks for writing this, I’ll surely well-known your web site and arrive back as soon as in awhile. Happy blogging.

Leave a Reply