Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2009

Pengenalan
Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2009 merupakan sayembara puisi yang dianjurkan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara. Sayembara ini merupakan kesinambungan bagi Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2008 yang telah dilaksanakan dengan jayanya.
Meskipun memiliki berbilang latar pendidikan, masyarakat, dan koordinat geografi yang berbeza, sayembara ini akan menjadi wadah yang menyatukan fikrah para peserta. Sayembara ini akan membentuk dimensi baru bagi mengisi kekosongan relung jiwa penyajak muda di samping dapat menghubungkan sesama mereka untuk tujuan dan nuansa yang sama; mengangkat nilai kesusasteraan Islami ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif
1. Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan puisi yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharapkan dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai pelajar Muslim.
2. Menambah minat dan penglibatan para peserta dalam bidang sastera khususnya penulisan puisi.
3. Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar jurusan sains, maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam aspek sains, tetapi juga dalam aspek bukan sains dan kerohanian.
4. Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar di luar negara yang berminat mendekati dunia penulisan, namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjadi terbantut.
Syarat Penyertaan
1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :
- Sedang menuntut di luar negara.
- Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN. Bagaimana untuk menjadi ahli GKLN yang sah? Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
- Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
- Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk ‘twinning program’ atau tamat pengajian dalam tempoh kurang 3 tahun dari tarikh tutup penyertaan juga layak menghantarkan penyertaan.
2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran dengan menyentuh mana-mana aspek seperti:
- Sejarah Islam.
- Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
- Tokoh Islam.
- Dakwah dan tarbiyah.
- Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
- Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
- Isu-isu semasa dunia Islam.
- Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam.
- Keamanan atau kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
- Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam.
- Lain-lain aspek yang berkaitan.
3. Karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.
4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
5. Panjang puisi adalah bebas.
6. Beberapa karya terpilih (sama ada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan.
7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Mac 2010.
8. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.
9. Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke gkln_sayembara@yahoo.com.
Penilaian
1. Hantarkan 3 buah puisi (wajib 3 buah) yang memenuhi syarat-syarat karya.
2. Puisi-puisi akan dinilai secara ‘kombo’.
3. Pemenang akan dinilai berdasarkan keupayaan mengolah tema yang diketengahkan, kebijaksanaan mendidik pembaca dengan kreativiti dan persembahan yang menarik.
4. Hadiah ditawarkan untuk lima pemenang (tertakluk kepada perubahan).
Format Penulisan
1. Hantarkan 3 buah puisi dalam bentuk ‘kombo’ susunan tangga (kurang baik à terbaik). Ini terpulang pada penilaian para peserta. Tiada markah tambahan untuk penyusunan yang tepat.
2. Di awal karya, tuliskan:
- Nama penuh.
- Nama pena (jika ada).
- Lokasi di luar negara.
- No. telefon.
- Alamat di Malaysia.
- No. telefon.
- Emel.
3. Contoh:


er…sayembara cerpen memang dah x ade ke?
sikandilhijau, memang ada cadangan untuk mengadakan sayembara cerpen, namun sangat sedikit ahli GKLN yang berminat untuk menulisnya.
harapnya tahun depan satu revolusi penulisan cerpen akan berlaku dalam GKLN …
oh begitu…! harap jugak thn depan akan ada seyembara cerpen dlm GKLN ni.
Kena ramai yang minat nak masuklah, kalau tak, tak ada saingan…nanti kualiti karya pun jatuh.
Pelajar yang dah grad pun boleh masuk. Tapi kena jadi ahli la…
=)))
bila lagi nak menyertainya??? jangan bertangguh hahaha
salam
adapun hendak ditanya :
a) adakah pantun dikategori sebagai puisi dalam sayembara ini?
b) adakah boleh hantar lebih daripada tiga?
terima kasih daun keladi
dariNya kasih mohon diimpi
Thank you for this sort of a wonderful blog. In which else could 1 get this kind of data written in such an incite full way? I have a presentation that I am just now working on, and I had been looking for this kind of information.
Such a well written post.. Thnkx for sharing this post!
This article gives the light in which we can observe the reality. this is very nice one and gives indepth information. thanks for this nice article