Puisi: Episod Cinta Luka Uyghur

puisi(Segeluk doa buat saudaraku di China)

.

kartinikassim.

Oleh Kartini Kassim (Indonesia)

.

Disiarkan di Mingguan Malaysia, 4 Oktober 2009

.

Uighur ChineseMereka adalah kedewasaan

menahan keluk mata dari katup

menyembunyi guruh gemuruh di dada

barangkali sekawan burung datang

melempar segulung ihsan

di atas tanah luka itu.

.

Mereka adalah kecintaan

mengeja bait-bait cinta di cakerawala

barangkali ada sayap-sayap cinta

mengusung racik-racik bahagia, dikebumi

pidana berbatu nisankan kudeta.

,

Mereka bilang;

Makna dewasa itu dusta,

makna cinta itu nista.

Kamu tidak mampu bayar darah-darah kami,

kamu tidak mampu ganti cebisan daging anak-anak kami.

.

Kami wajib menangis

kerana air mata ini untuk beritahu dunia

bahawa kami adalah bajingan, manusia jalang

yang tidak ubah seperti anjing

hanya layak diterajang, dilepas radang.

Mereka bilang agama kami pengganas

sedang mereka lebih ganas dari binatang!

.

Tuhan,

kami rela jadi kecoak sahaja

yang hanya tahu mencabuli najis-najis

biar mereka merasa jijik

dan kami tak pernah mahu peduli

sekali dipijak, terus kami mati.

Dengarkan,

episod cinta kami, betapa

kami adalah kepasrahan yang sebal

sedang memujuk-Mu.

.

Kartini Kassim,

USU, Medan

4 Syawal 1830H

2 Responses to “Puisi: Episod Cinta Luka Uyghur”

  • Whats up, This really is a fantastic summation, I located your blog checking google for any similar subject and observed this. I couldnt discover too much other tips and details on this posting, so it was excellent to discover this one. I’ll likely be returning to take into account numerous other articles or blog posts that you have written one more time.

  • Buy Silver says:

    Of course, what a great site and informative posts, I will add backlink – bookmark this site? Regards, Reader.

Leave a Reply