Darma Seni (Dewan Siswa Disember 2008)

resensikaryaOleh: Hazwan Arif Hakimi
http://darmaseni.blogspot.com/
ds
Assalamualaikum dan salam perpuisian. Moga dalam keadaan afiat dan aman.

Sekadar berkongsi tarian pena dari nukilan rasa buat santapan akal dan rohani kita semua. Untuk pengetahuan, sajak pendek ini telah disiarkan dalam Dewan Siswa Disember 2008.

Berikut ialah petikan ulasan puisi oleh En. Faisal Tehrani:

“Bunyi dalam puisi amat penting. Bunyi tersebut dinamakan ‘rima dan ritma.’ Secara mudahnya ialah pengucapan bunyi dalam puisi yang akan menjadi suatu unsur yang memperindah puisi. Maka puisi akan terzahir bagai suatu muzik yang merdu dibaca. Bukan itu sahaja, bunyi-bunyi ini mengandungi emosi penyair dan suasana karya tersebut.

Unsur rima dan ritma ditemui dalam sajak Drama Seni karya Hazwan Ariff Hakimi dari University of Nottingham. Keseragaman bunyi terhasil daripada pemilihan kata pada setiap hujung baris karyanya.”

Saya turunkan sajak tersebut:

DRAMA (DARMA) SENI

Siangku mencipta senang tari,
malamku mentafsir bicara makhfi,
dan akulah darwis abdi,
persis mementaskan drama
bicara dan tari.

Drama ini drama diri.
Drama ini drama (darma) seni.

Perindu,
Subang Indah, Petaling Jaya
5 Ogos 2008
3 Syaaban 1429H

Dewan Siswa, Disember 2008

‘Darma’ dalam kurungan adalah versi saya yang asal. Rasanya editor fikir bahawa saya dah tersilap mengeja ‘drama’. Sebetulnya, ‘darma’ yang dimaksudkan.

Darma – kemestian, kewajipan.

Betapa perbezaan antara susunan dua huruf boleh memberi pengertian yang sangat berbeza!

3 Responses to “Darma Seni (Dewan Siswa Disember 2008)”

  • Ooohh, I am extremely interest within your domain. If I set up 1 website using this domain, I can earn 100-200 USD daily. Your domain is quite good. Should you do not desire to sell this domain, I can cooperate with you on a condition which you share 50% income with me. :D

  • Greetings, You write some very good blogs. I examine back here usually to study if you have kept up to date. I idea you can would like to know, once I click your RSS feed it re-directs me to an additional website.

  • Searching for this for some time now – i guess luck is far more advanced than search engines :)

Leave a Reply