Pertandingan Wallpaper GKLN 2009/10

Assalamualaikum.
Pertandingan Wallpaper Karyawan Luar Negara [Wallpaper Karyawan]
Insya-Allah, sebagai salah satu lagi cara dan wadah untuk kita mempromosikan Grup Karyawan Luar Negara, mulai September 2009, pertandingan Wallpaper Karyawan Luar Negara [Wallpaper Karyawan] berlangsung.
Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA ahli Grup Karyawan Luar Negara tidak kira di mana anda berada.
Wallpaper yang dihantar akan diletakkan di website GKLN untuk dikongsi dengan khalayak. Wallpaper yang dipilih untuk dipaparkan di website tidak bermakna wallpaper itu terbaik, atau menang, tapi dipilih secara rambang.
Penilaian dibuat berdasarkan gambar/lukisan yang dipapar dan juga petikan kata-kata yang dipilih oleh juri yang dilantik.Pemenang juga akan dipilih mengikut musim melalui undian ramai. 3 karya terbaik; satu daripada tiap-tiap musim akan dipilih sebagai pemenang dan akan menerima koleksi puisi A. Samad Said yang menghimpunkan kesemua puisi yang pernah ditulis sepanjang hayatnya sehingga 2004, berserta hadiah-hadiah tambahan yang lain.
Syarat-syarat pertandingan: -
1. Tema gambar bebas. Boleh jadi gambar ataupun lukisan abstrak. Sekiranya menggunakan gambar; sumber gambar cuba harus, dan perlu dinyatakan. Contoh, kalau ambil gambar orang, sertakan sumber.
2. Anda perlu memberi judul pada wallpaper tersebut.
3. Perlu ada petikan karya. Petikan bebas diambil daripada mutiara kata, sajak, puisi, cerpen, teater, drama dan apa saja medium sastera, tetapi hendak dan mesti daripada penulis yang terkenal. Tajuk, atau judul sumber juga wajib diletakkan.
4. URL Karwayan Luar Negara, [karyawanluarnegara .com] adalah wajib diletakkan di dalam wallpaper tersebut.
5. Logo GKLN juga perlu diletakkan di dalam wallpaper tersebut. (klik sini untuk download)
6. Format wallpaper hendaklah dalam Joint Photographic Expert Group (JPEG).
7. Saiz wallpaper hendaklah berukuran 1204×768 piksel. Anda boleh menggunakan perisian percuma VSO Image Resizer (klik sini untuk download) untuk mendapat saiz yang dikehendaki.
8. Ahli bebas menghantar sebanyak mana penyertaan yang beliau mahu.
9. Penyertaan perlu bersama butiran diri:- nama, nama pena(jika ada),universiti, jurusan dan alamat di Malaysia.(maklumat ini diperlukan untuk tujuan pertandingan dan akan dijaga kerahsiaannya)
10. Penyertaan hendaklah dihantar kepada e-mel berikut: wallpaperkaryawan@ gmail.com
11. Penyertaan boleh dihantar apabila iklan ini disiarkan, dan tarikh tutup untuk musim pertama adalah pada 30 November 2009.
12. Musim Pertama: September, Oktober ,November 2009; Musim Kedua: Disember 2009, Januari, Februari 2010; Musim Ketiga: Mac, April, Mei 2010
13. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada e-mel:- wallpaperkaryawan@ gmail.com
14. Contoh Wallpaper:

Maka, apa anda tunggu lagi???
Hantar karya anda sekarang!!!
-Urusetia Wallpaper Karyawan-